7.11.10

Ulul albab,bukan ahmad albab..

Salam Palestina..

Dunia Islam benar-benar ketandusan generasi Ulul Albab,istilah yang bukan lahir dari cetusan tokoh ulama' ataupun ahli pemikir separuh mati tetapi istilah yang dipelopori oleh Al-Quran itu sendiri.Para mufassirin majoritinya berpendapat bahawa istilah ulul albab yang 16 kali disebut di dalam al-Quran ini merujuk kepada golongan yang memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat penilaian yang tepat.Pada peringkat akhir, mereka akan menemui hakikat kebenaran yang mampu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat,mari kita hayati firman Allah,

"Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu, iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan  (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang yang diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab "
( Surah az-Zumar : 17-18 )

Soal melahirkan golongan ulul albab ini bukanlah mengharap bahawa akal dan pemahaman yang matang itu semestinya dipunyai kalangan mereka yang berkelulusan Institut Pengajian Tinggi ataupun mana-mana pusat pengajian yang lain,sebab adakalanya masih wujud golongan berkelulusan tinggi yang berfikiran dangkal.Tetapi core bussiness yang harus difikirkan ialah bagaimana mewujudkan suasana persekitaran negara dan kampus, juga dasar dan falsafah negara dan kampus yang benar-benar membantu ke arah melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai akal dan kefahaman yang matang ini.Tetapi hairannya Malaysia umumnya masih lagi menyekat usaha murni ini dengan mewujdkan beberapa akta di negara dan kampus yang akhirnya mencengkam pemikran masyarakat untuk lahir sebagai penyokong setia tanpa "fikir dan faham".
Generasi ulul albab ini bukannya mereka yang telan semua ilmu dan perkhabaran  tanpa membuat rujukan dan semakan yang terbaik.Belajar dari pengalaman,suatu ketika sedang saya asyik memujuk seorang sahabat untuk membezakan antara dua pendirian,tiba-tiba terduduk saya apabila sahabat saya itu mengatakan "kalau dikira dengan ilmu yang engkau sebutkan tadi,semua ulama' termasuk ulama' aku boleh buat kitab mengenainya.." Lantaran itu,kita harus mencakupi diri kita dengan hujah bukan hanya dari rasional melalui satu atau dua  rujukan,malahan dari nas,dalil juga ibrah dari sirah.Naqib saya mengingatkan juga,harus difahami berkenaan dengan Fiqh Nusus, supaya segala permasalahan dapat dirungkaikan dalam kadar yang terbaik dengan penguasaan kaedah Fiqh Khamsah.

Keistimewaan Ulul Albab ini juga ialah mereka bukannya dari kalangan yang "hafal tanpa fikir", lalu terus melahirkan golongan yang mudah menghafal fakta tanpa membina skil menilai fakta secara matang dan berprinsip.Maka tidaklah wujud dari kalangan merka yang hanyut dan taksub dengan "cakap orang". Generasi ulul albab menurut acuan al-quran juga adalah seperti ayat 190 & 191 surah ali imran iaitu generasi yang mensinergikan ZIKIR dan FIKIR. Minda dan akal yang ada seharusnya difungsikan dengan semaksimum mungkin agar kita belajar dari peringatan Allah yang berbunyi: "tetapi sungguh sedikit mereka yang berfikir.."

Mungkin pada hemat saya kita gagal dalam melahirkan generasi ulul albab ini lantaran terlalu mengerjar kelahiran Ahmad Albab,justeru memberi fokus kepada keuntungan duniawi di sebalik kelahiran Ahmad Albab ini. Tuntasnya kita harus berusaha mengambil penting akan kelahiran golongan Ulul Albab,simpul saya golongan yang berusaha mendengar perkataan (yang disampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik, seperti firman Allah :

"Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak, dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan Ulul Albab."
( Surah Al-Baqarah : 269 )

Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

KusZacK said...

mudah2an cita-cita besar kita semua dipermudahkan..

Anonymous said...

Para Saintis y bertaqwa adalah ciri ulul albab y tepat..

fariQfitri said...

KusZacK : Allahumma Amin..

ua5102 : insyaAllah,ksedaran dh ada,cme tggal usaha utk mlahirkan golongan sbgitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...