Salam Palestina..
Setiap daripada kita harus yakin dan beriqtikad, bahawasanya hakikat segala kebaikan ataupun manfaat itu datangnya dari Allah.Malahan,segala mudharat dan keburukan itu juga datang dariNya. Saya hanya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua,bahawasanya segala yang berlaku adalah dari Allah.Jika begitu,bukankah kita harus pulangkan segala maksud,sebab dan hikmahnya kepada Allah jua?
“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran dan keagungan Allah) bagi orang yang sangat bersabar lagi bersyukur ”
( Surah Ibrahim:5 )
Hari-hari Allah itu mungkin hari kekalahan,kegagalan dan musibah.Lantas menjadi titik ingatan bagi setiap insan yang sangat penyabar dan kuat bergantung kepada Allah.Tidak dinafikan ia juga mungkin hari kemenangan,kejayaan dan kegembiraan,lantas menjadi bekalan besar bagi setiap insan yang amat bersyukur sifatnya.Justeru,ia menjadi muhasabah yang baik sekiranya kita betul-betul mengerti akan hikmah di sebalik perisitiwa yang Allah datangkan ini.
Ianya sebuah kisah duka dan hiba dari bumi Allah Jepun.Saya memandang dalam satu sudut ia adalah sebuah peringatan yang jelas,bahawasanya kuasa kepakaran manusia yang terhebat sekalipun tidak upaya menahan kudrat dari Sang Pencipta.Lebih-lebih lagi,dalam aspek kemodenan dan kecanggihan,negara matahari terbit ini mendahului langkah negara-negara lain pada zamannya.Kedudukan negara ini di dalam Lingkaran Api Pasifik,iaitu kawasan yang menerima gempa bumi yang aktif sekali,memastikan mereka lengkap dengan persediaan untuk menghadapi bencana yang tidak pasti bila datangnya.Malah tidak hairan Negara Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana yang terbaik di dunia.
Namun,semua itu tidak menjanjikan apa-apa.Kerna apabila Allah mengkehendaki sesuatu,langsung tiada kudrat yang mampu menghalangnya.
Kisah Jepun ini memalit sebuah sejarah pahit dalam tahun 2011.Namun menekankan soal period dan tempat berlakunya tragedi tidak memadai tanpa disertakan dengan penelitian sebab dan hikmah di sebalik berlakunya peristiwa tersebut.Ketentuan Allah pastinya hadir bersebab,dan tiadalah Allah memutuskan sesuatu dengan sia-sia. Signifikannya Allah letakkan pada ayat ini,
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
( Surah Al Hijr : 4 )
Mungkin bencana dari Allah ini turun dalam menyatakan isyarat peringatan keras Allah kepada kita yang semakin alpa dan lalai,yang lupa erti syukur dan gagal menjadi hamba yang sebenar kepadaNya.Terpulanglah, setiap daripada kita ada bacaannya.
Untuk itu,saya mengharapkan keprihatinan kita bersama dalam tanggungjawab kemanusiaan ini, kerna kita bukannya hanya bersama dalam hal-hal yang menggamit nostalgia gembira dan teruja,malahan juga dalam siri episod kisah duka dan hiba kita bersama.Moga Allah memberikan ganti yang terbaik kepada mereka-mereka yang diuji di sana.Al-Fatihah..
Untuk itu,saya mengharapkan keprihatinan kita bersama dalam tanggungjawab kemanusiaan ini, kerna kita bukannya hanya bersama dalam hal-hal yang menggamit nostalgia gembira dan teruja,malahan juga dalam siri episod kisah duka dan hiba kita bersama.Moga Allah memberikan ganti yang terbaik kepada mereka-mereka yang diuji di sana.Al-Fatihah..
Wallahua'alam..
2 ingatan dari teman:
assalam...
w/pun semua ini berlaku..namun ada sesetengah manusia yang masih mengeraskan aqal fikirannya...hanya nampak yang duniawi namun akhirat sana jauh lebih perit dan seksa..masyaAllah..
namun itlah hakikat yang perlu diakui tanpa gentar kerana akhirat itu pasti..
semoga sahabat kita disana dalam ekadaan baik2 sahaja..aminn..
syukran..
:)
assalam..
setuju,sebab itu ditekankan bahawasanya Allah punya sebab utk mbinasakan ssuatu negeri,dan tugas kita utk mengingatkan smua manusia akan adanya ayat2 Allah dalam alQuran yg myebut tentang bencana alam adalah disebabkan dosa manusia.
sama2 fikirkan,insyaAllah beruntung bagi mereka yg bfikir..~
Post a Comment