10.11.11

Aku,Ustaz Kancil & Bila Allah Berbicara..

Salam Palestina..

Agak lama saya tidak membiasakan diri menulis,lalu menyebabkan adakalanya saya gagal mendesak diri berfikir.Saya percaya,bila kita membaca,kita juga berfikir namun ianya tidak berjalan sepertimana menulis.Menulis menyebabkan proses berfikir itu lebih terasa dan tidak seperti membaca yang adakalanya lebih mengkhayalkan.

Ahh,tidak lebih dari sekadar teori!

Ustaz Kancil dan Memoir Segubang.

Ustaz Kancil senantiasa mengajar kami supaya sabar,ikhlas.
"Ni Ustaz Kancil la,dari Kg Segubang Sarawak,apa khabar dik?",sapaan seorang tua yang cukup saya kenali di dalam perbualan telefon,meminta gelaran 'Ustaz Kancil' kerana susuk tubuhnya yang agak sederhana kecil. Saya hanya mendiam sebak,cuba mencari button rakaman untuk simpan perbualan antara kami walaupun mungkin tidak lama. "Sekarang ni ustaz di Kuching,sibuk juga ada banyak hampir berbelas jemputan untuk upacara penyembelihan dan korban",nadanya macam biasa,cukup tenang. "Ustaz,macamana ya dengan kampung? Lama juga saya tidak ke sana",saya bartanya lalu mula mengingati memori lama. "Kampung ok,Alhamdulillah,ramai juga yang sudah masuk Islam,tapi sekarang tiada lagi pelajar universiti yang buat program di sini,kalau sempat datanglah",jawab ustaz kemudiannya terpaksa meminta izin menangguhkan perbualan. 

Saya faham, komitmen ustaz sangat diperlukan di sana,bumi Sarawak memang ketandusan pendakwah sepertinya,benar anggapan sahabat saya, di sana bukan pendakwah mencari syurga,tetapi syurga yang mencari mereka! 

Allah Berbicara Selalu Dengan Kita,Namun Kita Tidak Menyedarinya.

Selepas menamatkan panggilan dari Ustaz Kancil, saya terduduk.Saya kemudiannya berfikir dan merenung,lantas saya dapat merasakan Allah sedang memperingati saya akan ikhlas,jihad dan pengorbanan,

Saya yakin,Allahlah yang menggerakkan hati ustaz menghubungi saya selepas setahun lebih tidak berhubung,kemudiannya Allah yang menitipkan mulut ustaz memperingati tentang kesungguhan dakwah dan keperitan ikhlas.Allah juga yang membersihkan hati ustaz untuk luhur berbicara tentang tanggungjawab untuk berkorban."

Adakalanya apa yang disebut ustaz itu wujud di dalam sebutan ramai,namun saya tahu ustaz adalah antara orang yang benar-benar mengotakan janjinya pada Allah. Semata-mata keranaNya!

Ikhlas Sifirnya Mestilah Dengan Pengorbanan, Sabar.

Bukanlah saya orang yang sesuai berbicara tentang ikhlas,namun saya yakin ikhlas antara buktinya adalah  dengan berkorban. Semasa di Sarawak, saya benar-benar diperlihatkan Allah akan orang yang ikhlas. Mereka menyeru masyarakat taat kepada Allah dengan penuh keterbatasan,tanpa kewangan dan memerlukan mereka untuk berkorban.Pengorbanan mereka bukan hanya dengan wang,masa dan tenaga bahkan juga ancaman nyawa,dek kerana amalan sihir menyihir yang masih ada.Apa yang mengagumkan,mereka seolah-olah sudah melihat syurga,menyebabkan semua nistaan dan cacian bagi mereka sebagai modal tambahan bagi tingkatan darjat mereka di syurga.

Bagi saya,pujian dan ganjaran yang tidak menjadi keutamaan mereka itu juga menjadikan mereka ikhlas,lalu ia juga sebagai peringatan kepada kita bahawa segala perkara yang boleh merosakkan perjalanan keikhlasan dalam beramal boleh dihindari dengan memahami segala kebaikan yang kita buat adalah dengan sebab rahmat dari Allah SWT,seperti ungkapan Ibnu Athaillah,

"Jangan kamu merasa gembira kerana merasakan telah membuat ketaatan namun gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata dari kurniaan dari Allah SWT."

SubhanAllah.
Selagi Kudrat, Islam Dinobat !

Wallahua'alam..

5 ingatan dari teman:

TINTA GERIMIS said...

salamun alaik..
maaf brtnya..ini kisah benar ye?:
(n_n)/
skdr brtnya...

fariQfitri said...

to TINTA GERIMIS: insyaAllah,mmang kisah benar pun..tiada yg benar melainkan yg benar belaka :)

TINTA GERIMIS said...

oh..syukran jazilan..teruskan berkongsi ye..
(n_n)/

Ahmad Tajuddin said...

Singgah sebentar di sini menyelak tulisan-tulisan selepas Segubang. Banyak sebenarnya yang ana masih dapat belajar dari OPKIM ini...

fariQfitri said...

Ata : Fuhh jauh nta kebelakang semula tgok post ni. Btol ana pun sama. Kesannya sampai sekarang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...