28.2.12

Isu Palestin & Syria : Seru Aspirasi UKM Bersama Berwacana.

Salam Palestina..

Saya secara peribadi menyambut baik usaha sekumpulan pihak Aspirasi UKM dalam mewujudkan kesedaran kembali semua warga kampus kepada isu ummat Palestin, kemudian selang beberapa harinya berkenaan isu kita semua di Syria. ( seperti di bawah )


Melalui usaha itu juga dinyatakan bahawa kesedaran ini harus melangkaui sempadan ideologi, kefahaman peribadi individu dan turut dinyatakan juga ianya harus merentasi kesedaran dan tanggungjawab politik.

Saya melihat usaha ini harus dipanjangkan dan lebih bersifat praktikal berasaskan tanggungjawab secara signifikan dan kapasiti asas kita sebagai seorang mahasiswa.

Saya mewakili Ahli Majlis Tertinggi  Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia        ( GMUKM) yang menjunjung tinggi dasar keintelektualan secara serius mencadangkan agar wujud diskusi dan perbahasan ilmiah mengenai isu ini dalam konteks memberi penerangan kepada warga kampus lalu secara tidak langsung juga menyatakan resolusi bersama khusus dari mahasiswa UKM kepada isu tersebut.

Saya yakin dan optimis perbincangan yang membelakangkan kepentingan kedua-dua pihak disambut baik dari pihak Aspirasi UKM dan direalisasikan dalam sebuah wacana dan diskusi yang cukup memberi makna dan pencerahan  kepada mahasiswa UKM khususnya. 

"Dari Mahasiswa, Bersama Mahasiswa, Kepada Mahasiswa"

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

TINTA GERIMIS said...

salam..

dalam hal ini sedikit sekali insan yang nak berdiskusi..jikalau ada mmg terbaiklah.

saya juga berharap ada diskusi ilmiah dilaksanakan. Terutamanya dari pohak tersebut.

(n_n)//

teruskan berkongsi sahabat.

fariQfitri said...

to Habibah :

Sebab tu saya melihat budaya diskusi telah dicemari dgn anasir "sape btol dan sape salah".. sharusnya bdaya ini mwujudkan pmbnaan glongn pmikir, mne yg salah blaja..mne yg btol bleh jd gagasan idea..tu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...