7.8.13

Sebelum Terlambat

Salam akhir Ramadhan..

Akhirnya Ramadhan berlalu pergi. Pergi bersama kenangan yang terkandung dan tersirat bersamanya. Yakin dan pasti, semuanya telah merasa penangan damai dan sayu pasang surut ombak tenangnya Ramadhan, sejak dari mula hingga ke akhirnya. 

Ya, Ramadhan pasti akan pergi dan tinggalkan kita, tapi usahlah kita yang meninggalkan Ramadhan. Berusahalah juga menjadikan setiap perlakuan, ketaatan dan kehangatan jiwa kita menyusul setelah daripada ini, seolah-olah setiap hari kita adalah hari-hari di bulan Ramadhan.

Jumpa lagi Ramadhan!

Perasaan Yang Dicari


Bila mengenang Ramadhan, pastinya semua inginkan suasana  itu kekal mekar setiap masa - penuhnya saf solat di surau setiap waktu, meriah akan galaknya kanak-kanak berlari dalam belajar sayang dan cintakan masjid, kukuhnya persaudaraan di kala waktu berbuka dan beriktikaf - semua ini pasti mengundang rasa yang sangat berbeza berbanding bulan-bulan selainnya. 

Allah Ta'ala yang menjadikan malam al-Qadr itu satu rahsia - bukan sahaja menyeru hambaNya untuk beribadah mencarinya - tetapi menyuruh kita juga mencari Allah! 

Lailatul Qadr mungkin pergi, tetapi Allah tidak mati. Adakan hamba beribadah untuk malam al-Qadr, atau untuk Tuhan malam al-Qadr?

 "Barangsiapa yang dapat Lailatul Qadr takkan berhenti ibadah walaupun Lailatul Qadr telah berlalu!
Syeikh Fahmi Zam-zam al-Banjari al-Maliki hafizahullahuta'ala


Kita yang berupaya menentukan nasib dan waktu yang bakal berlaku di masa mendatang, seharusnya tidak terlalu lama untuk runsing akan Ramadhan yang akan tetap berlalu pergi meninggalkan kita, sebaliknya berusaha memikirkan survival kita untuk 11 bulan yang kian hadir menyusul kepada kita. Tambah-tambah, kita bukanlah hamba kepada Ramadhan, sebaliknya Tuhan kepada Ramadhan itulah yang wajar disembah.

Azam- setiap hari adalah hari-hari di Bulan Ramadhan

Masa Depan Yang Runsing

Bila mengenangnya kes tembakan profil tinggi yang mencecah 12 kes bermula dari 25 April hinggalah 29 Julai, perang mulut sesama ahli yang faqih, episod penculikan yang tidak surut, saya terasa untuk mencipta sebahagian besar dari kehidupan saya ini adalah untuk menjadi orang biasa, merasa tenang untuk berkeluarga, tidak mahu terlalu hanyut dalam perjalanan ikhlas bersama gerakan dan semestinya menjadi hamba yang tidak berkepentingan.

"Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"" 

[Surah Al-Ankabut, ayat 20]

Mungkin ini yang saya perlu capai untuk yang terawal ini.

29 Ramadhan 1434H
85300 Labis, Johor

Wallahua'alam..

4 ingatan dari teman:

BlogS Of Hariyanto said...

Gema Takbir Menyapa Semesta,
Membesarkan dan Mengagungkan Yang Maha Esa nan Maha Suci,
Bersihkan Hati Kembali Fitri di Hari Kemenangan,
Terkadang Mata Salah Melihat dan Mulut Salah Berucap,
Hati kadang salah menduga serta Sikap Khilaf dalam Berprilaku,
Bila Ada Salah Kata, Khilaf Perbuatan dan Sikap,
Bila Ada Salah Baca dan Salah Komentar,
Mohon Dimaafkan Lahir dan Batin,
Selamat Merayakan Idul Fitri 1 Syawal 1434 H

Fitrianto said...

Sedih ketika harus meninggalkan Romadhon. Sepertinya baru kemarin kita menyambut suka cita datang Romadhon. Kini Romadhon sdh harus pergi meninggalkan kita.Yang paling penting adalah hiasilah 11 bulan ke depan dengan semangat Ramadhan.
Berharap Allah masih mempertemukan kita dengan Ramadhan tahun depan. Amiin.

fariQfitri said...

Taqaballahuminna waminkum.

Selamat hari raya buat teman penaku dari indonesia akhi Fitriyanto dan akhi Hariyanto.

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...