29.11.13

Minggu Kesyukuran

Salam Palestina..

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Tsumma alhamdulillah.

Saya masih berlelah-lelah berkemas sebaik sampai di rumah sewa pagi ini, seusai hampir seminggu di dimensi yang cukup berbeza dari kenyataan hari-hari saya sebelum daripada ini.

Esok abang saya bakal menikahi teman yang ditakdirkan hidup susah-senang bersamanya di dunia. Juga teman bersama sehingga kehidupan selama-lamanya di syurga kelak. Allahumma amin.

Sebelum Jumaat tadi, satu-satunya kakak saya yang kini hamil menjengah 9 bulan 7 hari, menghubungi saya dari hospital lantas meminta masa untuk berkongsi detik-detik akhir untuk bersalin. Katanya, bersalin melalui pembedahan adalah kemungkinan besar, kerana air ketuban menurut doktor, semakin berkurangan dan menyukarkan bayi yang semakin songsang dari kedudukan yang sepatutnya.

Saya yang masih dalam pelajaran mengenai hal sedemikian, berkerut-kerut gelisah, lantas berusaha semampunya dengan berkat Jumaat - berdoa semoga Allah memudahkan urusan ibu dan bayi - tambah-tambah itulah satunya kakak yang sering berkongsi cerita sesama kami sementara hanya kami berdua sahaja di Kuala Lumpur berbanding adik-beradik yang lain, dan itulah juga anak buah pertama saya yang sekian lama dinanti-nanti.

Sebaik selesai solat Jumaat, tiba-tiba mendapat panggilan dari emak, sempat bergurau sebelum memaklumkan bahawa beliau sudah menjadi nenek, bermakna juga saya sudah bergelar seorang pakcik kepada bayi perempuan yang bakal menjadi kegembiraan kami mudah-mudahan sehingga masa mendatang.

*****

Tiap-tiap nikmat, kebaikan, manfaat, keburukan, ujian dan mudharat, semuanya datang dari Allah. Itulah iman dan iktikad kita. Kita mampu merancang dan hasilnya kita kembalikan kepada kudrat dan iradat Allah. 

Jadilah hamba Allah yang bersyukur. Infiru !


"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat"

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

Fitrianto said...

Alhamdulillah.... :)

fariQfitri said...

Akhi Fitriyanto : :)

Menunggu khabar gembira dari nta juga. Bagitahu awal-awal ya di BBM atau whassap supaya mudah urusan tiket flightnya nanti :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...