1.1.14

Ketika 2013 Melabuhkan Tirainya

Salam Palestina..


Hakikat yang kita percaya, bahawa tiap-tiap sesuatu itu milik Allah - datang daripadaNya, berlaku dengan izinNya, lantas kembali juga kepadaNya.

Lantaran apalah yang ada pada pusingan hidup ini, melainkan seseorang mengharapkan rahmat daripadaNya.  

Saat 2013 sudah melabuhkan tirainya, dan saya kembali mengimbau kenangan, menjenguk sejenak sisa-baki penulisan di catatan lama dan juga tidak terlupa posting harapan dan cita-cita saya sebermula 2013 lalu. KLIK.

Tahun 2013 merupakan kemuncak saya mencipta dan mengumpul kenangan, pengalaman - bersama teman rapat, naqib, sahabat serumah, teman pena dan rakan seperguruan.

Sekadar mahu berkongsi antara sumber telahan dan pandangan saya pada hidup, dari hikmah bait-bait kata Prof Dr HAMKA,

"Hakikat hidup ini adalah laksana pohon yang rendang dan subur. Maka janganlah dicukupkan sehingga hanya mencintai sekuntum dari bunganya, sehelai dari daunnya, serangkai dari buahnya. Kalau hanya bunganya yang dicintai, bagaimana dengan duri pemagar bunga? Bagaimana dengan ranting tempat bunga berjuntai? Bagaimana dengan cabang tempat ranting menumpang? Bagaimana dengan dahan tempat cabang melekatkan diri? Bagaimana dengan pohon tempat berkumpul segala dahan? Bagaimana dengan urat, yang menghisap bumi mengambil sari makanan untuk pohon yang akan dibahagikan sampai ke pucuk? Bagaimana dengan  bumi tempat dia ditumbuhkan? Bagaimana dengan Sang Suria yang memberikan cahaya kepada seluruhnya?

Orang bertanya kepadaku, “Ada daun yang rontok dan ada ranting yang lapuk. Ada pula bunga yang telah gugur dari kelopak. Apakah ke sana aku mesti mencintai juga?”

Memang ada ranting yang lapuk, ada daun yang gugur, ada bunga yang telah busuk. Tetapi lupakah anda bahawasanya yang sakit itupun bahagian dari yang sihat? Dan yang sihat menjadi sihat, bukankah kerana pengorbanan dari yang sakit?"

-dipetik dari buku 'Kenang-Kenangan Hidup' karya Buya HAMKA-

:)

Mengabdikan kenang-kenangan bersama potret Buya HAMKA
di rumahnya, Maninjau, Sumatera Barat Indonesia.

Di akhir tahun 2013 itu juga, saya cuba memaknakan sisa-sisa baki perjalanan ini dengan sesuatu yang membuahkan inspirasi, penenang bagi melupakan seketika lelah-lelah yang menyesakkan nafas pada panjangnya perjalanan, dan alhamdulillah, Allah turut menyampaikan saya pada sebuah hajat yang kian lama dinanti-nanti.


Sebaik sampai di hadapan rumah TGNA.

Menyaksikan TGNA mentahnik dan muncukur jambul sejurus subuh di rumahnya.

Bergambar kenangan bersama TGNA di ruang tamu rumah beliau.
Di hadapan IPTG.



Alhamdulillah bertentang mata semasa pengisian khusus
bersamanya di IPTG.

Selamat datang 2014. Tahun ini tahun bermakna, insyaAllah. :)

Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

hyu said...

salam jumpa, saya sangat tertarik dengan apa yang anda tulis di blog ini ... sungguh bacan yang bermanfaat terlebih dengan nilai - nilai Islam yang tersemat dalam artikel yang Anda tulis...

salam

Fitrianto said...

Buya HAMKA seorang ulama dan sastrawan. Beliau pernah menjadi Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) sekitar tahun '80-an. Karya-karya sastra beliau banyak dipelajari serta diteladani. Karya beliau yang yang saat ini dikenang kembali ialah sebuah Novel yang sangat terkenal "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" yang saat ini diangkat menjadi sebuah film bioskop di Indonesia.

fariQfitri said...

hyu : terima kasih atas kunjungannya. Setiap yang bermanfaat datangnya dari Allah. Saya hanya menyampaikan.

Fitrianto : Ya, ana sangat mengagumi beliau tambah-tambah ketika menemubual cucunya tempoh hari. Buku "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" itu juga sudah ana miliki cuma masih mencari film biskop itu. Syukran atas komennya akhi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...