7.7.12

Tunggu Apa Lagi?

Salam Palestina..

Saya seolah sudah lupa pada teman saya yang satu ini. Hampir sebulan tanpa apa-apa posting mengingatkan saya supaya berusaha juga untuk berkongsi apa yang ada, kerana kiranya memberi dengan harapan ianya berwajah sempurna, maka jawapannya adalah menjurus kepada mustahil.

Berilah dan terimalah apa-apa sekalipun, tanpa syarat, kerna dengan kekurangan yang banyak itu jugalah mengingatkan kita untuk menghargai kelebihan yang sedikit. Walaupun ianya sedikit.

Cuba menyampaikan konsep waktu & rentak kehidupan,fahamilah~


Waktu Emas, Kita Tentukannya!

Bapak HAMKA:

“Jadilah manusia yang pada saat kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tapi hanya kamu sendiri yang menangis. Dan pada saat kematianmu semua orang menangis sedih, tapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.” 


Simpul saya berkenaan ayat di atas ini ialah, bagaimana tersiratnya doa kita semua untuk dianugerahkan pengakhiran yang baik. Bezanya tidak banyak di peringkat mula, masih menangis dan tangannya kecil juga, kemudian sama digenggam. Namun, adakah serupa nasib kita tika di khatimahnya? Allahumma..

Untuk itu, usah dilihat waktu yang terlalu jauh di hadapan, masa cuti yang ada kini harus dirancang sebaiknya. Intipatinya adalah proses ataupun titik tengah sebelum garisan penamat,kerna di situ menjadi penentu kepada keadaan akhir nanti. Oh harus diingat ianya pelan rancangan bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka, jemaah dan juga semestinya Tuhan yang Mencipta !

Mengapa Tuhan perlu di dalam? Sebab hemat saya, selagi kita bergelar seorang hamba, selagi itulah masa dan hidup kita semata keranaNya.

Full Stop!

Fasa Menghadapi Alam Realiti

Fasa yang sebenarnya harus dirai dengan agenda pembentukan diri, tapi gambarannya masih menjadi titik buta kepada ramai. Bagaimana bayangnya, harus kita pulangkan kepada diri kita sendiri. Siapakah kita pada hari ini, dan siapa kita juga pada masa mendatang? Seorang hamba, seorang anak kepada ibu dan ayah, seorang pimpinan, seorang guru kepada beberapa anak murid, dan mungkin seorang yang bakal menggalas amanah yang lebih besar. Maka harus kita ingat fasa pembentukan ini jugalah sebagai lapang sasar kepada fasa persiapan, bekalan meniti ujian yang lebih besar di hadapan kelak.

Saya berpraktikum hampir kebanyakan dengan wanita-wanita yang seusia dengan ibu saya. Hampir setiap hari mereka menyebut perihal anak-anak mereka dan kebetulan minggu ini hampir kesemua anak mereka pulang ke rumah. Tidak saya sangka mereka terlalu kaget sambil bercerita kepada saya hampir beberapa jam. Oh begitu kuat kuasa rindu dan cinta seorang ibu. Dan tiba-tiba, mesej masuk dari emak meminta untuk segera pulang ke kampung. Semacam ada jaringan yang wujud di hati-hati mereka ini. Ingatan saya, fasa senggang ini amat sesuai untuk kita isi dengan keluarga. Berbaktilah, esok lusa mungkin tidak.

Dengan fatrah cuti dan masa yang cukup panjang ini, manfaatkanlah sebaiknya. Saya pesan kepada diri juga,  agar fasa praktikal ini dimanfaat sebaik mungkin. Terima kasih pada doa-doa yang senantiasa menginspirasi, moga dengan doa tanpa perkhabaran kepada saudara yang didoakan itu kembali kepada diri anda semula. Saya ambil ini dari janji nabi, maka berpeganglah!



sampaikan kami pada Ramadhan, kucing kesayangan saya si Tiger tak sempat, baru sahaja mati digilis malam nisfu syaaban kelmarin, khabar emak,  :( 
Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

TINTA GERIMIS said...

Assalamualaikum.
Semoga kuat dan sesungguhnya, jaringan hati ibu sangat berbeza dan ada satu telepati yang kukuh. Itulah ibu.

Outbound di Malang said...

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

fariQfitri said...

tinta : terima kasih atas ingatan.

outbond : baik, bisa dikunjung :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...