Aidiladha yang lepas, saya menadah tangan di wad kecemasan sebuah hospital swasta di Batu Pahat, akibat demam denggi yang menimpa. Tika itu saya menyambutnya bersama beberapa pesakit yang kini sudahpun dijemput ke rahmat Allah.
Kali ini, ujiannya berbeza. Kereta saya tersadai sesak akibat banjir dalam perjalanan ke kelas pengajian. Tiada rezeki untuk pulang bersama keluarga, tiada cerita gembira pada malam raya.
Moga tiada apa yang disesal, syukur Allah datangkan hikmah. Bukankah syeikh yang dicintai selalu menyebut, "Kullu min habibun khair", "(setiap dari kekasih (Allah) adalah yang terbaik.)"
Salam Aidiladha 1433H buat semua teman.
Wallahu'alam..
4 ingatan dari teman:
Assalamualaikum..Salam Aidil Adha buat saudaraku di Malaysia..
Trima kasih akhi Fitriyanto. Salam Aidladha juga buat saudara.
Jazakallah sudah follow my twitter..saya juga ingin bersua dan berkenalan dengan akhi Fariq.. semoga dimudahkan. Amiin..Insya Alloh.. Maaf baru sempat berabalas pesan. salam ukhuwah
Fitriyanto ; InsyaAllah bumi ni kecil sahaja, tak susah untuk bersua. Nanti ada rezeki ke Indonesia saya maklumkan ya :)
Post a Comment