9.7.13

Catatan Ingatan Untuk Tragedi Mesir dan Syria-Kepada Gerakan Islam

Salam Palestina, Syria, Rohingya dan doa buat Mesir..

Plot peristiwa dan putaran kebiasaan akan berubah apabila hadirnya konflik atau krisis. Sesetengah orang menganggap dinamika ini adalah baik, terutama untuk self-resistance dan survival sesebuah organisasi. Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk bangun kembali setelah jatuh.

Setelah kaku dan sejuk sejenak dari meluah 'fikrah politik terbitan' di kampus lalu sejak beberapa bulan, saya terasa hendak mengungkapkan sesuatu di sini, ternyata lebih sunyi dari bacaan ramai di medan facebook- akan peri-pentingnya bacaan dan keputusan politik dalam mempengaruhi iklim politik di sesebuah tempat.

Syria-Sepintas Lalu

Apabila Perancis menjajah Syria, ketenteraan dipelopori 'Alawiyin. Golongan Sunni yang majoriti lebih memilih untuk tidak menganggotai ketenteraan atas beberapa faktor antaranya prospek keterlibatan di dalam keilmuan dan perdagangan. Lalu apabila Syria dimerdekakan Perancis, 'Alawiyin telah menguasai majoriti kelas ketenteraan Syria. Maka tidak hairan populasi sedikit 'Alawiyin ini hanya 2 juta berbanding 24 juta penduduk Syria selainnya yang rata-rata adalah Sunni (80%). 

Perbalahan kuasa ketara antara puak Sunni pada 50-60-an dahulu sehingga menyingkirkan satu sama lain, akhirnya memungkinkan 'Alawiyin ini untuk menaiki tahta atasan tentera. Sehinggalah berlakunya rampasan kuasa oleh Hafiz al-Assad seterusnya sebagai Presiden dari Parti Ba’ath (ideologi yang menggabungkan Pan-arabism/asabiyah ‘arab dengan socialism/communism – rasional jalinan hubungan Syria-Soviet Russia.) 

'Alawiyin mendapat tentangan dari Ulama Sunni dan Syiah sendiri kerana-mereka beraqidah Saidina Ali adalah salah satu dari Tuhan Triniti. Mereka tidak solat, puasa dan menunaikan haji bahkan mengamalkan seks bebas. Cuma apa yang saya dalami, 'Alawiyin ketika pemerintahannya cuba menjernihkan jaringan politik melalui pengiktirafan dari ulama Syiah-mendakwa mereka adalah Syi'ah ahli-Bayt. Maka tidak hairan mereka mendapat bantuan kukuh dari Hizbullah dan kuasa besar Iran.

Maka apabila sampainya musim bunga Arab  (Arab Spring) di Syria, 'Alawiyin ini mendapat bantuan penuh dari Russia,China dan Iran. Keadaan bertambah rumit apabila penentang rejim ini disokong pula oleh NATO, Turki dan Amerika Syarikat terutamanya-yang lama mengintai peluang di sebalik konfrontasi. 

Maka di Syria, ternyata konflik yang hadir ini bukan asasnya adalah sesama Sunni-Syiah, bahkan ianya rumit di antara rakusan kuasa besar-malah memungkinkan untuk perang yang lebih besar dan tiada berkesudahan.

Doa kita semua senantiasa teristimewa untukmu, Syria.


Mesir-Refleksi Sejenak

Untuk yang pertama, saya sangat-sangat bersetuju dengan premis ini. KLIK.

Kedua, ada ketika refleksi atau post-mortem untuk segala apa yang berlaku di Mesir seharusnya menjadi pre-mortem untuk seluruh gerakan Islam di seantero dunia. Kenyataannya adalah pahit untuk ditelan bahawa realitinya musuh dan perancangannya memang ada tetapi itu tidak seharusnya menjadikan kita kerap kaku dan longlai dengan alasan yang sama-lantas ayuh bingkas bangun dan melawan! Teringat satu ayat ketika melawan sang penguasa kampus yang melarang kami untuk berusrah ketika di kampus,


"[Nabi ] Muhammad itu adalah Pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama dengannya [para sahabat ] bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi bersikap kasih sayang  serta belas kasihan sesama mereka [orang-orang beriman]. "

Al-Fatah : 29 

Tempoh pemerintahan Ikhwan yang setahun itu hemat saya penuh dengan liku, atas sikap tentera yang turut masuk campur di dalam aspek pemerintahan seperti pengurusan ekonomi dan keputusan politik amatlah merumitkan. Dr Musri dalam tempoh setahun masih belum benar-benar menguasai Mesir-Legislative & Judiaciary.

Namun yang tersingkap dan tersirat ialah, antara bebanan yang tersisa dibahu Dr Mursi dan Mesir, misalnya hutang yang ditinggalkan selepas 30 tahun, dana IMF untuk Mesir yang dibekukan, sabotaj dari puak sekular dengan bantuan barat, masalah elektrik (sabotaj oleh negara ethiopia), isu minyak dan air yang dipropa untuk menipu dan mengaburi mata rakyat, dan turut seharusnya dinilai ialah usaha beliau dalam membantu rakyat miskin untuk mendapat roti gandum yang berkualiti (makanan asasi rakyat Mesir) tetapi kekangan ladang gandum yang tersedia ada untuk menampung menjadi sempadan.

Sedar atau tidak, kejayaan demi kejayaan pemerintahan Dr Morsi adalah ternilai di mata seorang Islamis. Tetapi bagi rakyat biasa (baca: kadar pendidikan di kalangan rakyat Mesir rendah, kadar buta huruf tinggi), yang rata-rata kebanyakannya terlalu mengimpikan perubahan mendadak, dan di mata mereka, ia tidak memberi apa-apa.

Saya bersetuju dengan pandangan Dr Maszlee Malik, seorang penyelidik tegar pasca-Dr Aziz Bari di UIA, bahawa kegagalan Islamis ialah terlalu bergantung kepada bukti untuk survival dan tidak menghiraukan persepsi. Sedangkan pengurusan persepsi adalah penting untuk menguasai pemikiran dan tindakan rakyat.

Di Mesir, minoriti yang berkehendakkan perubahan dari sudut ekonomi misalnya, mula memberontak dan menjadi satu peluang kepada musuh untuk mengambil kesempatan. Misalnya di kalangan golongan pemberontak itu adalah dari mereka sosialisme yang tidak puas hati dengan dasar Ikhwan yang pro kepada market ekonomi dan juga mereka yang kapitalis.

Profesor Madya Shaharudin dari UiTM menyebut juga bahawa Ikhwan tidak bersikap inclusive, dengan tidak menyertakan semua pihak di dalam pentadbiran mereka-berbeza dengan Rashid Ghanouchi yang sangat komited dengan konsep 'Power Sharing'. Di sini bergunanya pengalaman Parti Nahdah yang turut pernah dinafikan kemenangannya dahulu.

Bahkan golongan pemberontak yang bersetuju untuk menurunkan Dr Morsi, namun mereka tidak sepakat bersama untuk membentuk kekuasaan-kerana tiada siapa di kalangan mereka yang sesuai untuk dijadikan ketua. Majoriti rakyat Mesir pula masih unggul berada di belakang Dr Morsi, walaupun dengan harga darah dan nyawa sebagai galang ganti.

Solidariti untuk Mesir!


Ketokohan dan Ijtihad Politik

Fiqh berkombinasikan wahyu, akal dan realiti. Di dalam satu ayat, wahyu dipandu akal dan dikaitkan dengan realiti. Pendekatan dan keputusan politik adalah bergantung kepada ijtihad semasa ulama' semasa yang lebih arif mengenai keadaan di sekitarnya-bahkan ia terlingkung di dalam apa yang disebut mutagahyyirat bukannya thawabit.

TOKOH
IDEA
Khomeini
Hukumah Islamiyah dan Wilayatul Faqih
Ghanouchi
Demokrasi, Sivil dan Hurriyah
Al-Banna
Maratib amal, tarbiyyah dan dakwah
Syed Qutb
Jahiliyyah dan Hakimiyyah
Maududi
Islmaic State & Inqilab

Ini bukan kali pertama parti Islam memerintah  dan kemudiannya digulingkan. Di Algeria, Front Islamic Salvation (FIS) juga digulingkan, dan wujudnya kemudian kumpulan militan  senjata seperti al-Qaeda. Parti Refah kendalian Necmettin Erbakan juga mengalamai derita yang sama.

Lantas apakah gunanya pengalaman? Di situ Reccep Tayyib Erdogan muncul dengan AK Parti. Dalam masa setahun, Erdogan menumpukan kepada usaha-usaha membina sistem sumber manusia, mengukuhkan sistem jaringan rangkaian informasi dan memperhebat sistem jaringan ekonomi. Hasilnya, kemenangan tiga pilihanraya berturut-turut dengan peratusan undi yang meyakinkan menjadi bukti. (2002 : 34%, 2007 : 46%  dan 2011 : 50%).


Rumusan

Di Malaysia, PAS juga mengagumkan dengan pelbagai ijtihad politik yang turut menjadi cerminan kepada seluruh gerakan Islam yang lain. Bahkan ramai pemerhati dan penganalisis politik turut memperakui pendekatan yang dilakukan mampu menarik hati rakyat merentasi agama-bahkan bersedia bertanding atas nama Parti Islam Se-Malaysia!

Cuma, apa yang kita harus belajar dari post conflict ini ialah, gerakan Islam seharusnya menjangka masa hadapan (future study) dengan  memperbanyakkan pre-mortem juga di samping post-mortem.

Jika mengharapakan sahaja kemenangan Islam dengan semata-mata pergantungan kepada Tuhan Yang maha Berkuasa tanpa usaha dan strategis, usah kita menemplak usaha Khalid al-Walid di dalam Peperangan Yarmouk melawan 240 ribu tentera Rom berbanding 6 kali ganda kurang daripadanya ialah tentera Islam.


p/s : Beberapa fakta yang dilrangkumkan di atas adalah dapatan dari seminar dan kajian penyelidikan dari beberapa tokoh yang dipercayai penulis. Smoga urusan mereka semua digantikan dengan kebaikan di sisi Allah.

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

Fitrianto said...

Di Indonesia, ramai partai/parti yang mengatasnamakan Islam. Akan tetapi mereka jauh dari nilai2 islam yg sbenar.
Kalau di Indonesia kami berjuang di Partai/Parti Keadilan Sejahtera (PKS) akhi. Kami sering di fitnah secara "keji" oleh pemerintah tanpa adanya bukti2.
Terkadang ana sering menhibur diri dengan salah satu hadits Rosul:
“Masa kenabian akan berlangsung di tengah kalian selama masa yang dikehendaki Alloh. Kemudian Alloh akan mengangkatnya jika Ia telah menghendakinya. Kemudian akan berlangsung masa kekhilafahan yang sesuai dengan jalan yang dicontohkan oleh Nabi (minhajin nubuwwah), selama masa yang dikehendaki oleh Alloh. Kemudian Alloh akan mengangkatnya jika Ia telah menghendakinya. Kemudian akan berlangsung masa kekuasaan para raja yang menggigit(mulkan 'adhon), selama masa yang dikehendaki oleh Alloh. Kemudian Alloh akan mengangkatnya jika Ia telah menghendakinya. Kemudian akan berlangsung masa kekuasaan para raja yang memaksa/diktator (mulkan jabbar), selama masa yang dikehendaki oleh Alloh. Kemudian Alloh akan mengangkatnya jika Ia telah menghendakinya. Kemudian akan berlangsung masa kekhilafahan yang sesuai dengan jalan yang dicontohkan oleh Nabi.” Nabi kemudian diam. HR. Ahmad no. 17680.

Masa kenabian, khulafaur rasyidin, mulkan 'adhon sudah secara sempurna kita lalui. Bagaimana dengan mulkan jabbar? Hampir berakhir..Insya Alloh..

fariQfitri said...

Alhamdulillah, syukran kerana berkongsi hadis yang turut menenangkan.

Proses tapisan dalam memilih kader-kader yang benar-benar ikhlas ini akan terus berlangsung dan Allah bisa menguji dengan bermacam ujian termasuk harta, darah dan nyawa.

Semoga kita semua hidup dan mati dalam perjuangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...