12.9.10

Tetap vs Toleransi

Salam Palestina..

Allah Ta’ala berfirman : ”Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ”Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) : ”Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, serta bergembiralah dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”
                                                           (QS Fushilat : 30 – 32).


Dalam nada menyatakan pendapat, saya ingin merespon kenyataan beberapa pihak yang menyelar sikap segelintir saudara seIslam saya yang dikatakan "syadid" ataupun keras dalam merespon isu-isu sensitiviti umat Islam. Core bussiness dalam kes ini bagi saya ialah kefahaman kita dalam membuat komparasi ke atas perkara-perkara yang menjadi ketetapan (ath-thawabit) dalam Islam, juga perkara yang sifatnya fleksibel dan bergantung pada situasi dan kondisi atas sebab berlakunya khilaf (Al-Mutaghoyyirat) .

Saya merasakan bahawa dalam soal perkara yang menjadi ketetapan dalam agama suci ini,pendirian dan tindakan kita harus teguh dan tetap malahan keras jika perlu, hatta kesannya kita dibunuh tidak meninggalkna jasad sekalipun.Walaupun pemahaman orang sekeliling merasakan tindakan kita itu tidak masuk akal dan membawa fitnah kononnya kepada ummah,maslahah besar yang mendatang harus diawlakan berbanding tekanan yang diterima dalam merespon balas.


ath-Thawabit.

Perkara-perkara yang bersifat ath-Thwabit ini boleh  kita dapati kebanyakannya di dalam masalah aqidah,ibadat, akhlak dan asas-asas di dalam muamalat.Jadi kebanyakan masalah asas aqidah seperti beriman kepada Allah, rasul-rasul,hari akhirat,malaikat,dan sebagainya tidak menerima sebarang khilaf dan semua umat Islam mestilah bersatu menerimanya. Begitu juga dalam masalah akhlak seperti ikhlas, benar, amanah dan sebagainya yang tidak pernah berubah di dalam mana-mana syariat yang diturunkan oleh Allah s.a.w.

Adapun kebanyakan ibadat perlulah di fahami bahawa ianya juga termasuk di dalam Ath-Thawabit kerana ia merupakan matlamat utama daripada Syriat Islam yang menuntut umat Islam memperhambakan diri kepada Allah s.a.w dengan cara tertentu tanpa menimbulkan persoalan.Kerana ianya adalah ujian sejauh mana yakinnya sesorang hamba itu dengan tuhannya. Asas-asas muamalat juga termasuk di dalam Ath-Thawabit kerana ianya sabit dengan nas qat'ie atau ijmak ulamak seperti pengaharaman riba, tipu, judi serta harusnya berjual beli, mudharabah dan lain-lain perkara yang seumpamanya.   

al-Mutaghoyyirat

Dalam konteks Al-Mutaghoyyirat pula,ia mempunyai lapangan yang luas di dalam Islam kerana perkara-perkara yang qat'ie di dalam Islam adalah sedikit jika dibandingkan dengan dengan perkara zhonni dan ianya adalah satu kemudahan ke atas umat Islam ini dan ia juga merupakan syiar Islam sebagai agama sejagat iaitu Islam Itu Mudah.

Perkara yang termasuk di dalam Al-Mutaghoyyirat kebiasannya ialah masalah furuk di dalam aqidah,contoh yang kebiasaan betlaku,adakah Nabi s.a.w pernah melihat Allah Ta'ala ketika hidup di dunia dan perkara ini khilaf di kalangan sahabat sendiri.Begitu juga perbezaan manhaj pengajian aqidah kepada sistem sifat 20 yang berbeza dengan sistem tauhid uluhiyah, rububiyah dan sebagainya yang tidak perlu sama sekali umat Islam berpecah dan bergaduh disebabkan perkara tersebut kerana isinya adalah sama iaitu beriman kepada Allah dan mensucikannya daripada sifat-sifat kekurangan.

Lapangan Al-Mutaghoyyirat yang paling luas sekali ialah dalam masalah muamalat iaitu selain ibadat yang merangkumi muamalat dari segi ekonomi seperti jual beli, masalah politik dan sistem pemerintahan negara kebanyakannya bergantung kepada waqi' semasa dan maslahah dan ianya boleh berubah dari semasa ke semasa berpandukan kepada ijtihad fuqaha' dan pemerintah dengan mengambil kira kepentingan Islam dan umat Islam. Jadi bagi saya tidak menjadi masalah sekiranya kita bersama bernegosiasi dalam sistem demokrasi dalam konteks waqi' Malaysia tercinta ini jika itu sahaja wasilah yang ada.

Miss Concept

Namun,mutakhir ini serangan-serangan yang menimpa Islam sifatnya hidden dan tidak kelihatan secara zahir.Saya tidak pasti adakah penggunaan kata yang tepat dalam membuat deskripsi tetapi ramai umat Islam yang keliru akan soal ini. Misalnya,muncul 'ism-ism' ataupun ideologi pada tika ini menyebabkan ramai yang merasakan ini adalah perkara yang menunjukkan Islam bersifat pelbagai dan terbuka.Padahal ancaman ancaman kepada perkara yang ath-thawabit ini juga harus ditentang kerana ia boleh memanipulasi kefahaman dan aqidah ummah.


Melihat kepada ini,isu mengenai iklan raya tv3, isu penggunaan kalimah Allah,sambutan kongsi raya, serangan gelap iiluminati harus diambil berat oleh semua akan impaknya. Bacaan tambahan, sila klik  ini, ini, dan ini.  Jika tidak,mungkin simpul saya, kita gagal dalam menterjemah pegangan aqidah yang kita sama-sama tekadkan selama ini. 

  
Justeru,apabila memahami perbezaan antara kedua perkara di atas,maka kita perlu berhati-hati apabila membuat sangkaan kepada sahabat yang melenting apabila Islam diapa-apakan. Dedikasi kepada semua pencinta Islam yang bertindak atas kecintaan ini, teruskan konsisten dalam bertindak balas atas sensitiviti kalian terhadap perkara-perkara yang pastinya memberi impak buruk kepada Islam dan ummah yang tercinta ini..

Wallahua'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...