"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."
-Saidina Umar-
Islam hadir sebagai alternatif dalam segenap lapangan kepada umat seantero dunia dalam memelihara maqasid syar'iyyah. Ia adalah hakikat,sejarah dan sirah lampau membuktikannya. Islam mampu mengamankan muka bumi ini. Namun tidak ramai yang belajar daripada sejarah. Mengapa? Mungkin pada hemat saya,penyakit al-wahn itu sudah membarah sepertimana yang dimaklumkan nabi SAW suatu ketika dahulu.
Percubaan manusia dalam menyelesaikan beberapa masalah adakalanya kelihatan relevan dengan suasana ketika itu,namun apabila percubaan itu didatangkan sedangkan ada jalan dari Allah, maka yakinlah kerelevenan percubaan itu hanyalah sementara waktu. Ia tidak akan sesuai dimplementasikan sepanjang zaman.
Jalannya sudah ada,hanya kita sahaja yang perlu melaluinya.. "Allah mencintaimu lebih dari yang kau perlu.." ~hidup untuk bersyukur~ |
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(Surah aL-Mulk:19)
Usah tidak selesa apabila dibicarakan tentang syariat Allah kerana menganggap ianya adalah isu yang terkadang dipolitikkan. Fakta jenayah dan masalah sosial yang meningkat di Malaysia seharusnya menyedarkan kita akan hakikat keperluan ini. Jika kehendak Allah diabaikan,kita risau mangsa yang terlibat di dalam kes seumpama ini pada masa akan datang mungkin adalah dari kalangan ahli keluarga kita,sahabat handai dan tidak mustahil diri kita sendiri.Ayuh,mari menjadi hamba..
Wallahua'alam..
0 ingatan dari teman:
Post a Comment