17.10.10

Bajet 2011-Bukan tidak bersyukur

salam palestina..

Memahami dan mendalami akan komponen yg terkandung dlm bajet 2011 bukannya sekadar mengetahui akan halatuju negara, bahkan dalam skop glokal kita harus mlihat bahawa ia melibatkan masa hadapan kita, ahli keluarga kita, bahkan dalam skala yg lebih besar, melibatkan generasi anak bangsa kita.

Forum isu "wajarkah guru berpolitik", yang  dianjurkan Jumaat lepas membuka mata audiens, bahawa berpolitik tidak semestinya  menjurus kepada semangat politik kepartian, sehinggakan merasakan tindakan sesuatu parti itu betul dalam semua perkara. Berpolitik dalam rangka sebenar ialah bagaimana kita membuat penilaian dan pengukuran atas rasional dan hujah, pada mana-mana dasar dan tindakan yang ada pada parti politik tersebut. Kalaupun sokongan itu adalah kerana isu terhutang budi pada sejarah lampau, maka saya merasakan itu adalah bukti kita sudah gagal dalam melahirkan generasi anak bangsa yang futuristik dalam memikirkan lakaran masa hadapan Malaysia kelak.




Berikut antara isi-isi Bajet 2011 :

    * Satu lagi pencakar langit di KL iaitu bangunan PNB 100  tingkat bernilai RM 5 Billion   dijangka siap  2015
    * KWSP boleh melabur 20% di luar negara
    * Ekonomi negara dijangka meningkat kepada 7 peratus
    * 3 lesen syarikat broker saham baru
    * Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk   memberi manfaat  kepada   pekerja sektor swasta   dan mereka yang bekerja sendiri
    * Elaun pengerusi JKKK, imam naik hampir 100 peratus
    * Adunan mandatori biobahan api mulai Jun 2011
    * RM100 juta tingkat taraf hidup Orang Asli, Pribumi
    * Skim bantu golongan muda miliki rumah
    * Pinjaman rumah 100 peratus untuk golongan muda
    * Tol empat lebuh raya PLUS tidak naik untuk 5 tahun
    * Cukai jualan telefon mudah alih dimansuh
    * RM365 juta untuk penyelidikan, penganjuran sukan
    * Bantuan khas RM500 untuk k'tangan awam
    * Sistem penilaian kakitangan awam PTK
    * RM 111 Juta untuk sekolah PERMATA
    * RM 500 Juta untuk pembangunan 1Malaysia
 
Saya bukan seorang penganalisis yang baik dalam memberi komentari berkenaan hal ini. Cuma pada hemat saya seharusnya bajet ini juga ditumpukan pada aspek pendidikan negara,dalam konteks strategi mencegah dan merawat membabitkan nasib anak bangsa yang kian derita dalam masalah sosial. Juga masalah guru-guru yang tidak di"posting" kerana masalah penggajian. Tempat jatuh teori pendidikan iaitu sistem aplikasi yang dikurangkan bajet sebelum ini juga harus diberi cakna. Sebagai masalan, banyak pertandingan membina softskill di peringkat sekolah tidak mampu dijalankan atas rasional tiada bajet yang diperuntukkan.

Kerajaan harus merangka bajet dengan mementingkan aspek TERAS seperti pendidikan, kebajikan, keselamatan, perundangan tanpa melebihkan aspek sampingan yang adakalanya memberi keuntungan kepada golongan tertentu sedangkan awlahiyatnya pada rakyat yang masih lagi terkontang-kanting membaiki kehidupan. Statistik jenayah yang berkadaran terus dengan peredaran masa seharusnya diambil solusi penyelesaian yang efektif dengannya. Malahan, kerajaan tidak akan lari dari tanggungjawabnya membaikpulih infrastruktur,menambah fasiliti dan juga memenuhi hak asasi rakyat. Itu seharusnya tidak dijadikan modal sebagai perkara baharu yang dilaksanakan mereka sebagai pemerintah.

Saya menyeru anak muda punya kaleidoskop politik yang tersendiri, atas nilaian fakta dan hujah untuk mempunyai pendirian. Atas kecintaan kepada negara kita inilah, kita wajar menjadi mahasiswa yang menjiwai peranan kita sebagai 'check & balance' kepada masyarakat. Hasrat Prof Diraja Ungku Aziz melihat kelahiran mahasiswa yang tidak hanya sibuk di bilik kuliah semata-mata  harus kita sama-sama renungi.

Wallahua'alam..

5 ingatan dari teman:

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

salam ziarah...huhu,tinggi pencerahan nih...patutnya dikongsi pada semua org....biar idea ini tersebar...

ana suka idea anak muda patut punya kaleidoskop politik yang tersendiri....

fariQfitri said...

ata :masih mencuba,perlu tunjuk ajar nta juga.. tima kasih atas ziarah..

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

ana mintak kebenaran tuk masukkan blog nta dalam ping site...nanti bila nta update blog,automatik entri nta masuk dalam beberapa ping site...

sayang jika idea dan pencerahan nta x dapat sampai pd masyarakat luar...

fariQfitri said...

ikutlah nta,kalo nta rasa itu yg tbaik,teruskan..
syukran ye..

izulman said...

Totally agree. I dont see how those allocations could potentially help us in nuturing future talent and achieve a high level society and prosperous economy.

No tax utk barangan yg tourists sllu beli?? Come on~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...