salam palestina..
Pengalaman berdiskusi bersama barisan panelis yang cukup hebat beberapa minggu lalu sangat menyedarkan dan mengingatkan saya akan diri yang kerap lupa kepada kehebatan keilmuan Sains milik Allah. Terasa sangat rugi jika mempelajari ilmu ini tanpa membawa diri kita lebih dekat kepadaNya. Namun Allah dengan kasih sayangNya tidak pernah menghukum kita dengan kelalaian kita itu, malah diberikan kita ruang dan peluang untuk lebih tahu mengenainya. SubhanaAllah..
Firman Allah,
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri.Sehingga jelaslah bagi mereka al-Quran itu adalah benar.."
Ilmu Kimia tidak pernah wujud sebelum zaman umat Islam.Tidak dinafikan bangsa Yunani sebelumnya memahami unsur-unsur (elemen), tetapi mereka tidak tahu walaupun sedikit berkenaan bahan alkohol, asid sulfurik (H2SO4), juga asid nitrik (HNO3). Malahan, bahan-bahan ini bersama kalium (K), salammonic (NH4Cl), silver nitrate (AgNO3), merkuri klorida (HgCl2) dan penyediaan merkuri dilaporkan buat pertama kalinya oleh ahli-ahli kimia Islam. (rujukan dari Prof Sulaiman Noordin )
Kata-kata Syyed Hoessin Nasr mengingatkan saya bahawa,
"perhubungan diantara fahaman sufisme dan alkemi adalah sangat erat sekali.."
Tetapi bagaimana ya..?
Adapun Jabir Ibn Hayyan memandang logam dari sisi yang lain dari ahli kimia selainnya. Anggapnya tiap-tiap logam mempunyai aspek zahir dan juga batin,ada timbangannya menurut ajaran Pythagoras filasuf Yunani,berbeza dengan teori kima moden kini. Bahkan baginya lagi,bahagian rohaniah manusia boleh bertukar melalui proses kimia daripada jiwa yang rendah kepada jiwa yang murni.
Malahan teori alkemi Jabir secara dalamnya apabila dikaji punya perkaitan dengan kandungan kitab-kitab ilmu sulit karangan al-Buni seperti kitab al-Ma'arif al-Kubra.Kitab ini disebutkan juga di dalam Aurad Muhammadiah,satu kumpulan dari beberapa kumpulan tarekat Tasauf.
Justeru,menjadi keperluan kepada kita untuk menseiringkan keilmuan ini dengan makrifat kita kepada Allah. kalaupun ianya adalah ilmu kimia,bukankah di dalam jasmani insan terdapat unsur-unsur kimia juga seperti yang didapati dari tanah..?
Firman Allah SWT:
"Iaitu Tuhan Yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu."
(surah Yasssin 36 : 80 )
Ayat ini jika difahami, ianya merujuk kepada bahan-bahan api yang berasal daripada pohon-pohon kayu yang hijau,menjadi sumber bahan api hidrokarbon,sama ada dalam bentuk kayu kering ataupun arang batu, juga atau dari gas dan petroleum hasil dari pohon-pohon kayu yang tertanam,dihimpit di dalam bumi hingga menjadi sumber api dan kuasa yang utama di zaman moden ini.
Simpul saya, mempelajari ilmu Allah dan mencipta perkaitan seperti inilah yang membibitkan penguatkuasaan cinta kepada Allah.Mungkin rahsia ulama' terdahulu hebat juga faqih dalam variasi lapangan ilmu adalah kerana kefahaman ini.
Walahua'alam..
0 ingatan dari teman:
Post a Comment