29.10.10

kerinduanku adalah Muhammad

Salam Palestina..

Saatku mengarang penulisan ini,kerinduanku adalah Muhammad SAW. sungguh celaka bagi orang yang menghina perjuangan nabiku suatu ketika dahulu, dengan meletakkan Islam dibawah kini..adakah mereka tidak mengetahui nabiku derita  menyampaikan kasih sayang Allah dan dirinya kepada ummat..? nabiku berusaha sedaya upaya mencipta manhaj dan uslub dalam kisah hidupnya agar ummat dapat meneladaninya.Tetapi bagaimana masih ada celaka yang sungguh berani merosakkan ummah ini kala Islam memerlukan pembelaan.

Nabiku tidak pernah berhenti dan merungut dalam menyampaikan risalah ini. Atas nama kasih sayang, nabiku masih sanggup tersenyum dan memujuk melihat keletihan para sahabat untuk terus berziarah rumah ke rumah menyeru ketaatan kepada Allah..melihat cahaya di sebuah rumah walaupun sudah terlalu lewat malam,sanggup terus diziarahinya semata-mata merasakan peluang menyampaikan pencerahan itu tidak selalunya ada. tetapi bagaimana masih ada keparat-keparat yang sanggup mencabuli Islam  secara terang-terangan.

“Demi Allah, sekiranya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan perkara ini, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkannya atau aku akan binasa kerananya.”

(Riwayat pertama dinyatakan hasan oleh Albani, dan merupakan penguat bagi riwayat kedua)

Nabiku pernah ditawarkan kuasa,harta dan perempuan jika Islam dibuang.Tetapi baginda atas kasih sayangnya menolak, atas cinta kepada masa hadapan ummah.tetapi bagaimana si keparat itu mengambil itu semua tanpa memikirkan kebaikan ummah..Allahurobbi nabiku..

Nabiku sanggup mengenepikan mukjizat demi nilai suatu contoh teladan  kepada ummah..nabi kalau mahunya mampu memiliki kerajaan dan kuasa dalam sekelip mata melalui doanya..tapi nabiku sedar, ummahnya perlukan nasihatnya,ummahnya mahu contohi tindak-tanduknya, yakni dalam memimpin makhluk semuanya. kerana nabiku sedar ummahnya itu tidak lain adalah manusia biasa..

Nabiku itu tidak pernah meninggalkan ummah ini dalam meneruskan rantaian taklifan dakwah ini dengan begitu sahaja,bahkan diwariskannya uslub dan pendekatan terbaik dalam menyeru sekalian manusia..kerana nabiku itu sayang ummahnya dan maklum bahawa medan amal islami ini cukup luas tidak bertepi.tetapi masih ramai yang meninggalkan talklifan ini, mungkin mereka tidak terkenangkan nabiku..

Saatku menulis ini juga, diriku sedih melihat tidak ramai yang melenting apabila Islam diapa-apakan..sedih melihat sensitiviti mereka tidak hadir sama seperti nilai kasih sayang mereka pada ayah dan ibu mereka..demi nabiku ,bukankah kecintaan ini harus melebihi ini semua..?

Teringat seorang ulama' yang terlalu rindukan nabi,saatnya dijemput Allah,dirinya melaungkan keinginan hatinya bersama nabiku di syurga dengan laungan , "Muhammad,aku ingin bersamamu.."..aku juga mahukannya,tetapi  diriku sedar betapa ramai juga menginginkannya..

Saatku  menulis catatan ini juga,bacaan Qasidah Muhammadiah alunan Ust Muhammad Syauqi Ismail terngiang-ngiang di minda, sekaligus mengingatkanku maksud namanya iaitu, "kerinduanku adalah Muhammad.." Allahumma solli ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad..kurniakanlah syafaatmu ke atas kami Ya Rasulullah..

Wallahua'alam..

4 ingatan dari teman:

Ahmad Tajuddin said...

subahanallah...terasa kekerdilan diri ana compare dgn nta.....

teringat kat BQ...bila nak pi??

fariQfitri said...
This comment has been removed by the author.
fariQfitri said...

eh nta ke situ pula..insyaAllah cuti ni kalo dpt smggu pun jadila..jom!

Soutu Qalbie said...

T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...