1.12.10

Demi Sebuah Komitmen..

salam palestina..

Alhamdulillah,Allah Yang Maha Memberi itu masih lagi memungkinkan saya untuk terus hidup sebagai hambaNya di muka bumi ini.Terima kasih kepada yang mendoakan saat saya diuji,juga maaf saya pohon kepada sahabat-sahabat yang saya susahkan kerana jaminan komitmen dahulu yang saya tidak dapat penuhi.Ada beberapa perkara yang saya harus kejar lantaran terlalu lama ditahan di wad.'Minggu kesedihan' yang kita sama-sama tempuhi itu harus kita ambil sebagai muhassabah berdasarkan ingatan Allah kepada kita,

“Dan peringatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran dan keagungan Allah) bagi orang yang sangat bersabar lagi bersyukur
(Surah Ibrahim:5)

Hari-hari Allah itu mungkin hari kekalahan,kegagalan dan musibah.Lantas menjadi titik ingatan bagi setiap insan yang sangat penyabar dan kuat bergantung kepada Allah.Tidak dinafikan ia juga mungkin hari kemenangan,kejayaan dan kegembiraan,lantas menjadi bekalan besar bagi setiap insan yang amat bersyukur sifatnya.Justeru,ia menjadi muhasabah yang baik sekiranya kita betul-betul menghargainya.

Kembali kepada Gerakan

Saya memandang beberapa miss concept yang adakalanya berlaku di sekitar saya kadang-kadang ianya tidak diambil penekanan sewajarnya dari seluruh ahli yang mempunyai kefahaman terhadap istilah amal jamaie.Sebagai ahli gerakan,modus operandi berwasilahkan sistem pimpinan dan pengikut merupakan semata-mata alat dalam memungkinkan sistem tnzim dan orgnisasi yang terancang mencapai kesatuan dan kerapian saf.Tetapi ia menjadi suatu msalah besar apabila ahli semata-mata berjiwa pengikut tanpa memikirkan bahwasanya mereka juga harus berjiwa pimpinan.


Dengan kefahaman itu,maka kita harus sedar bahawa seorang ahli itu harus memanfaatkan dirinya bukan dari sudut sumbangan tenaga sahaja,malahan khidmat dalam konotasi yang berbagai variasi seperti lontaran idea dan kritikan membina.Oleh itu kita harus jelas dengan apa yang disabdakan nabi SAW dalam antara seruan pertama Islam baginda,

“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)”

(Muttafaq ‘alaih)

Satu = Infiniti

Melihat kepada generasi terawal yang mengungguli rantaian dakwah ini sebelum kita,mereka mempasakkan di dalam diri mereka dengan watak setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat.Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu,tetapi dengan tekad kemahuan serta amal kerja,setiap seorang dari mereka berjiwa seolah-olah diri mereka mewakili sebuah umat.Mereka berjuang bukannya tidak dalam konteks berjemaah,tetapi usaha mereka seolah-olah sama dengan usaha sejumlah besar manusia.Sebagai contoh,

~Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.

~Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.

~Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.

~Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.

~Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.

Konsep sebegini yang harus dimilki oleh setiap ahli,dengan ini tiada berlakunya ahli yang bekerja semata-mata berharap pada kerja yang dimulakan orang lain.Namun pada hemat saya,semua ahli juga harus memahami juga meraikan konsep asas pimpinan dan pengikut,supaya tiada berlakunya masalah adab yang kadang-kadang merugikan gerakan akibat dari ego sesetengah pihak yang merasakan mereka adalah yang terbaik.

“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”.

Persoalan sikap sebenarnya memang tidak dinafikan menjadi core dalam banyak permasalahan yang melibatkan gerakerja.Jika core problem ini dialihkan kepada soal kecukupan ilmu,maka saya merasakan ia tidak menjadi asbab kepada barah teruk seperti yang banyak berlaku akhir-akhir ini.

Persoalan sikap yang saya maksudkan bukan hanya menumpu kepada malas dan bekerja ala kadar sahaja,malahan sikap dalam meraikan perbezaan dan meneruskan persamaan,cara menterjemahkan rasa tidak puas hati,ego dalam menggonggong idea sendiri tanpa menerima kritikan idea orang lain,asyik ingin difahami sebelum  memahami dan bermacam-macam ragam yang timbul ekoran dari sikap yang seharusnya diselesaikan melalui individu itu sendiri.

Berkenaan dengan ini,ia menjadi peringatan kepada saya juga,tetapi dinyatakan demi sebuah peringatan penting agar kita sedar dan kemudiannya upaya untuk membaiki masa hadapan.


Simpul saya,jemaah itu keperluan, Ummah itu tujuan.Dalam pemahaman ini,perlulah kita menselarikan semula hasrat dan cita-cita kita semua dalam memenangkan Islam,walaupun dunia ini kian derita.Moga Allah golongkan kita dalam  kalangan yang memenangkan Islam.Allahumma Amin.

Wallahua'alam..

13 ingatan dari teman:

Ahmad Tajuddin said...

syukran syeikh atas perkongsian idea ini...

fariQfitri said...

afwan..sbnrnya lg byk idea nta yg ana dpt bbrbnding yg ana mmpu kongsikn..trima kasih kmbali..

Muslimah Optimis said...

Assalamualaikum... Saya terjumpa laman hidup untuk bersyukur ni semasa jalan-jalan tadi..

Penulisan yang bermanfaat, insyaALLAH..

Ya, saya setuju dengan dua pendapat di atas perkongsian yang sangat bermakna... dan suka untuk saya kongsikan kata-kata Imam As Syahid Syed Qutb yang mungkin semua sudah mengetahuinya iaitu

"Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini, Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang"

SJ

fariQfitri said...

MO : Terima kasih atas perkongsian nasihat dari Syed Qutb..satu peringatan yg bermakna.

fariQfitri said...

hamzah : tq atas ziarah

Anonymous said...

salam...
suatu p'kongsian yg menarik. Namun, sdkit p'dapat dr kotak fikiran ana..
ana b'p'dpt bhw mmg benar spt yg anta katakan : "...ia menjadi suatu msalah besar apabila ahli semata-mata berjiwa pengikut tanpa memikirkan bahwasanya mereka juga harus berjiwa pimpinan. Dengan kefahaman itu,maka kita harus sedar bahawa seorang ahli itu harus memanfaatkan dirinya bukan dari sudut sumbangan tenaga sahaja,malahan khidmat dalam konotasi yang berbagai variasi seperti lontaran idea dan kritikan membina."...

P'lu diingat saudara... smua individu m'punyai klbihan & k'kurgan t'sndiri... & tidak smua pgikut mampu m'beri apa yg pemimpin mahukan dr pgkutnya..
sbg cntoh,kita x blh memaksa harimau utk terbang / gajah utk berenang... / kucing utk menyalak.. ttp apa yg pasti, smua haiwan2 ini sama2 b'juang m'pertahankan hutan rimba...stkat mana yg t'mampu...

s'org pemimpin yg baik, t'utamanya pmimpin Islam tidak seharusnya m'persoalkan smbgan yg tlh d'berikan oleh pgikut..smda dr sgi tenaga/lontaran idea... seharusnya pmimpin itu m'hormati sgl curahan yg d'brikan oleh pgikutnya... krn itu adlh sehabis daya yg tlh d'berikan, wlpn hya sekecil2 kuman.

-begitu jg dgn kisah si burung pipit yg cuba m'madamkan api yg m'bakar Nabi Ibrahim a.s...mmg itu sehabis daya usaha... walau m'ggunakan paruhnya yg kecil... walau tidak mgkn api itu t'padam...

Benar, pengikut p'lu b'jiwa pimpinan... tp xsmua mampu b'tindak sbgmn yg pemimpin mahukan... ana harap anta dpt m'hormati/ skurg2nya cuba memahami keadaan stp indvdu...jgn smata2 sumbgn yg d'berikan olh pgkut x menepati "piawaian" anta, maka pgikut dianggap x b'jiwa besar & slalu b'alasan...
-mmg benar... manusia t'kadang itu byk b'alasan,tp ssetghnya alasan tidak smstinya semata2 alasan...bahkan t'kadang, disertai dgn rasional yg x dpt dilihat dgn mata kasar...
jgn hya b'fikir : "mrk xb'jiwa besar...mrk hya taw ikut arhan...mrk xnak smbang idea...".

-syukurlah dgn sgl sokongan & komitmen yg d'beri olh pgikut... krn tanpa pgikut, maka tiadalah pemimpin... hargai 1 sen, krn tanpa 1 sen...xkan cukup nilai rm 1 juta...
*maaf jk komen ini mgkn m'dtgkn 'stress' ...namun ini scebis luahan dr ana... spy kita smua m'jd pemimpin yg b'fikiran suci serta sntiasa b'sangka baik...& dgn penuh rendah diri...MAAF dr ana...(^_^).

Anonymous said...

salam..subhanallah. 1 p'kongsian yg menarik... cuma sdkit pndgn dr sy agr anda lbh b'fikiran +'ve ...
-mmg benar kata anda, "xsehrusnya ahli semata-mata berjiwa pengikut tanpa memikirkan bahwasanya mereka juga harus berjiwa pimpinan...ahli itu harus memanfaatkan dirinya bukan dari sudut sumbangan tenaga SAHAJA,malahan khidmat dalam konotasi yang berbagai VARIASI seperti lontaran idea dan kritikan membina...
p'lu diingat, bhw xsmua pngikut mampu utk memenuhi sgl "piawaian" yg anda mahukan... tenaga+idea+material+ dll...
& jgn pula anda ada miss concept pd sstgh pgikut yg agk 'kurang'..krn mgkn mrk cuba m'beri yg t'baik, wlpn xsebaik mana...& xsebagus org2 yg 'bagus'... & mgkn jg x mampu memenuhi "piawaian" itu....ats sbb2 yg ad rasionalnya,ttp xdpt difahami oleh org lain
-pemimpin xperlu faham mslh2/sgl alsan pgikut..cukuplah dgn m'beri sdkt ruang & pluang serta secebis pmikiran .."mgkn ad sbb mrk begitu & begini..." komen ikhlas dr sy, agar pemimpin yg m'gelar sbg pmimpin Islam, lbh b'fikiran +'ve bkn shj pd sesama brsan pimpinan,ttp pd 'anak2' bwhn... asif...

fariQfitri said...

alhamdulillah,Allah mengurniakan saya sahabat2 yang baik,agar mereka juga jadi cerminan kepada diri saya.. terima kasih sudi memberi saya sebuah peringatan..

fariQfitri said...

seperkara mungkin saya boleh cadangkan ialah artikel ini bertujuan untuk sedarkan kita semua peranan kita apabila tamat di kampus. Kita mmg kene berperanan atas kapasiti kita yg brbagai,tp bgaimana kita mggilapnya di kampus spertimana diri kita sndiri mewkili kkuatan orgnisasi.

saya xbrniat mmperkecilkan ahli yg tidak dpt perform dlm sgenap lpgn,sama lah sperti saya.Kita risau kita tidak mampu mencetak dan lahirkn ahli yg ada fgsi tsndiri bila bkhdmat dgn kwsn kelak.Takut,misi kita smua yg dipacak pada awalnya,xtlaksana..

Jadi kita just lahirkn ahli yg tggu arahan dri kwsn kelak,tanpa mreka ad inisiatif untuk mmbwa sbuah perubahan.

Anonymous said...

betul lah tu...100 %

Anonymous said...

errmm...anta cuba hayati kisah abu nawas.....

Anonymous said...

errmm...anta cuba hayati kisah abu nawas.....

Anonymous said...

errmm...anta cuba hayati kisah abu nawas.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...