15.2.11

Nyahkan Ketakutan,Belajarlah Dari Mesir !

Salam Palestina..

Melihat kepada momentum dan kesedaran hebat yang melanda masyarakat Mesir,saya merasakan angin pencerahan itu juga harus dinikmati sama dengan seluruh masyarakat sedunia.Perlu ditekankan dan difahami,ia bukan sekadar isu melawan rezim zalim semata-mata,bahkan rangkumannya lebih besar daripada itu.

Apabila manusia itu bersungguh mengembalikan suasana dan keadaan sesuatu itu kepada fitrahnya ( misalnya  soal keadilan dan kesamarataan ),saya optimis hasrat mereka pasti terealisasi.Lihat sajalah yang berlaku di Tunisia dan Mesir,walaupun masa itu laju berputar dan berterusan menghambat mereka dari hari ke hari,kesungguhan itu tetap diteruskan sehinggalah berita gembira dari Allah seolah-olah merahmati usaha mereka.

Anak muda terus dan terus menginspirasi semangat perubahan..

Saya memandang jiwa besar anak muda di sana seolah-olah memandang istilah mustahil itu bukanlah suatu yang solid dan rigid  semata-mata,hatta jalan berani mati itu menjadi pilihan.Apabila akhirat itu didamba lebih dari dunia,saya yakin walaupun mereka telah mati di pandangan manusia,namun mereka tetap hidup di sisi Allah SWT.Kerana hasil dari pengorbanan mereka itulah menimbulkan kesedaran hebat kepada seluruh pelusuk masyarakat seantero dunia.

Dilema di Malaysia

Bila mengenangkan keadaan masyarakat kita di Malaysia yang masih kebanyakannya tidak peduli,saya masih mengimpikan betapa ramai yang bersungguh untuk kembali kepada fitrah kita semua.Apabila membabitkan soal fitrah ini, saya suka untuk mengaitkannya dengan perkara-perkara yang menjadi asas kepada maqasid syar'iyyah, iaitu peranan memelihara agama,nyawa,akal,maruah,harta dan keturunan.

Valentine Day

Bila menyebut perihal hari kekasih ini juga,anak muda akan menjadi golongan yang tidak terpisah dari sambutan seumpama ini.Dalam hal ini,saya yakin kita semua juga dapat mengaitkannya dengan peri-pentingnya memahami maqasid syar'iyyah di dalam kes seumpama ini.Soal memelihara agama,maruah dan keturunan menjadi hujah kukuh betapa pentingnya kita menolak langsung perayaan yang mencampakkan kita ke lembah kerosakan.

Pilihanraya Kampus

Menghampiri medan pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi,saya mengharapkan penilaian penuh dari semua rakan mahasiswa sebelum membuat pilihan.Memandang kepada sejarah sistem pilihanraya yang kelihatan berat sebelah dan berlangsung di atas padang yang  cukup tidak rata,ianya tidak pernah mematahkan kesungguhan pekerja-pekerja dan pendukung-pendukung Gabungan Mahasiswa yang meletakkan cita-cita dan harapan mereka di hadapan berbanding risiko cemuhan dan penghinaan yang turut mendatang.Pesan saya kepada mereka yang mencatur sistem,buatlah sesuka hati anda,kerna penilaian Allah itu tetap ada walaupun sehalus mana strategi anda dalam menyembunyikan kebatilan.


Seharusnya mahasiswa diberi ruang dalam mendidik diri mereka untuk memahami elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan demokrasi.Sebagai contoh,dalam soal urustadbir perjalanan pilihanraya,ruang  dan peluang yang sama harus diberi kepada mana-mancalon yang bertanding,tanpa mengira perbezaan di antara mereka.Campur tangan dan penyelewengan ke atas pelaksanaan sistem demokrasi di kampus ini adakalanya memberikan suatu  kekecewaan kepada sesetengah mahasiswa yang ingin berjinak-jinak dalam politik menyebabkan mereka akhirnya langsung tidak melibatkan diri dalam sistem politik tanah air.

Justeru,saya menyeru kepada semua anak muda di luar sana yang memegang title keramat mahasiswa, buang semua ketakutan dan cubalah belajar dari kondisi dan suasana yang susah dan terbatas, kerana sejarah membuktikan begitu ramai insan hebat dilahirkan dari keadaan seumpama itu.Buatlah pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin anda dengan prinsip anda sendiri,tidak akan goyah walaupun sebesar mana ancaman yang bakal kunjung tiba. Kerana apabila pemimipin yang salah diangkat,kelak ianya bukan sahaja tidak akan menguntungkan anda,bahkan kemungkinan banyak lagi kerosakan yang akan melanda..

"Shift Your Paradigm"

Wallahua'alam..

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...