30.1.11

Harapan Sebuah Cita-Cita..

Salam Palestina..

Alhamdulillah,berapa ketika lagi saya akan merealisasi cita-cita saya.Ia sebuah cita-cita yang saya sematkan dalam diri ini sekian lama. Peluang jihad ini pada hemat saya ianya memang tidak mudah untuk dirasai semua, kerana itu ingatan Nabi SAW bahawa ini merupakan sebaik-baik amalan menjadi kekuatan.

Saya mula terdetik untuk membuat keputusan besar ini apabila menghadiri suatu slot orentasi  dalam satu program bersama-sama dengan anak-anak muda Islam borneo pada  pertengahan tahun lepas.Program ini menghimpunkan beberapa anak muda dari Sabah dan Sarawak yang bersungguh menuntut ilmu agama bagi membantu masyarakat dari kampung masing-masing yang dahagakan ilmu Allah ini.Semata-mata kerana itu.

Roh tanggungjawab menelusup di dalam diri ini apabila mengetahui keadaan masyarakat di sana yang sangat-sangat derita.Menurut perkongsian yang diberi,hampir kebanyakan daripada mereka beragama Islam,namun kekurangan tenaga pengajar di sana menyebabkan majoriti di kalangan mereka tidak mengetahui selok belok tentang agama suci kita ini.Tambah menyedihkan,amalan-amalan asas juga tidak dititikberatkan menyebabkan ibadah solat dan hukum hakam diletak tepi.

Saya menjadi malu kepada Allah,lantaran diri ini tidak seperti segolongan di antara mereka,sanggup meletakkan jawatan sebagai jurutera Petronas dan beberapa jawatan-jawatan tinggi yang lain smata-mata mahu memberi fokus pada kerja dakwah di kawasan mereka.Cinta dan cita-cita dakwah mereka pada masyarakat mereka sungguh membumi,menjadi upaya kepada segala keputusan besar yang mereka tekadkan.

"semua makhluk adalah tanggungan Allah. Orang yang paling dicintaiNya adalah yang paling bermanfaat bagi yang ditanggung olehNya"
( Mafhum al-Hadis )

Allah menetapkan sebilangan dari hambaNya untuk membantu mereka di sana,lantas dianugerahkanNya kami  ruang dan peluang ini. Memfungsikan Ikatan Studi Islam UKM sebagai wadah mahasiswa Islam kami bersepakat turun ke bumi Sarawak bagi menitipkan kefahaman masyrakat di sana yang masih lagi merindui sentuhan-sentuhan penggerak sebelumnya.

Doa kami, agar Allah memudahlan urusan ini dengan menjadikan kami di antara golongan-golongan yang menjadi sebab turunnya hidayah kepada mereka di muka bumiNya ini..

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

Unknown said...

barakallahu lakum ajmain....
moga2 usaha dakwah dan mujahadah antum smua mndpt redha dn berkat dr Allah SWT...moga tiada yg sia2..

fariQfitri said...

Allahumma Amin..
syukran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...