2.3.11

Kemenangan Yang Dinanti-Nanti !

Salam Palestina..

"Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah SWT..Sesungguhnya Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana.." ( al-Anfal : 10)

Hebatnya perancangan jentera ataupun kukuhnya sesebuah strategi bukanlah antara sebab utama kemenangan itu tercapai.

Bukankah terbinanya kerajaan Madinah suatu ketika dahulu adalah anugerah dan hadiah dari Allah,di atas ketabahan mereka menempuh seksaan selama 13 tahun di Mekah,juga dek kerana ksesungguhan mereka dalam mentahqiqkan ubudiah kepada Allah. Bahkan ditekankan juga ianya adalah balasan yang setimpal kerana hebatnya tahap ukhuwwah antara mereka.

Bahkan ketika itu para sahabat tidak pernah mengimpikan terbinanya sebuah kerajaan Islam, tetapi mereka berhijrah ke Madinah dengan berhajatkan makrifah kepada Allah.

        (~slot bersama Said Ramadhan al-Buti, Shah Alam, 29/11/2010 )

Right ! a new varsity is now possible..
Hampir seminggu sudah angin kemenangan itu tiba di UKM. Gagasan Realisi Universiti itu kini relevan untuk dilaksanakan.Saya tidak pernah bermaksud kemenangan ini bukanlah dari kekuatan dan kesungguhan pendokong dan penyokong,tetapi hasrat saya ialah kita pulangkan semula antara asbab utama pencapaian seumpama ini,semata-mata dari kemahuan (iradat) dan kekuasaan (kudrat) Allah,supaya kita tidak terlalu mengukur kejayaan itu berdasarkan lelah dan usaha kita semata-mata.

Bila mengaitkan dengan ubudiah ( ketaatan ), ia tidak berkait rapat dengan soal ibadah semata-mata.Tetapi hakikat dari ubudiah inilah yang melahirkan rasa takut dan kecintaan kepada Allah.

Dan yang pasti,Allah mengizinkan kita untuk mendapat kemenangan pada kali ini. Maka bertindaklah dengan sebaiknya, bukankah ini sebuah kemenangan yang dinanti-nanti..?

"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu, tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan, bagi Engkaulah pujian dan bagi Engkaulah kesyukuran.."

Hidup ini adalah untuk Bersyukur~
Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

Siti SArah Ahmad Rusli said...

kemengan yg sgt dinanti2...semoga berjaya mengIslamkan yg Islam

fariQfitri said...

insyaAllah,msenye sudah tiba!ayuh mengisi kemenangan..

TINTA GERIMIS said...

salam..masih teringat2 kenangan kemenangan..harap kemenangan kali ini menjadi kenangan yg lebih manis..dan bangkitkan kemenangan semula..insyaallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...