30.3.11

Salahkah Mereka Berpolitik ?

Salam Palestina..

Betapa ramai hari ini mempunyai pandang sisi yang skeptik dan serong dalam memahami dogma dan ertikata  politik. Sesiapa yang melibatkan diri dalam kancah politik seolah-olah gila jawatan,mengejar nama semata, bahkan ada juga yang mengistilahkan  ianya adalah fahaman yang menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat.

Politik seolah dijadikan sandaran utama dalam mencapai hasrat keduniaan.Di kampus, cercaan dan nistaan dilempar pada segolongan yang kononnya mengabaikan akademik demi sebuah komitmen dan partisipasi politik.

Namun,bagi mereka yang faham,ia merupakan sesuatu pandangan yang salah.Cukup salah.

salahkah mereka memakai baju politik demi kebaikan ummah ??
Firman Allah,

" iaitu mereka yang apabila kami berikan kepada mereka kekuasaan di muka bumi,pasti mereka menunaikan solat dan memberi zakat,menyuruh kepada mengerjakan kebaikan dan melarang daripada melakukan kmungkaran.,dan kepada Allahlah kesudahan sgala urusan."

( Surah al-Haj : 41 )
Politik Islam adalah sangat berbeza dengan sistem politik selainnya,ia bersifat khas dan dibangunkan dari tuntutan dan foundasi tauhid yang kukuh. Ya,ianya sangat berkait rapat dengan aqidah,dalam kita memastikan muka bumi Allah ini ditadbir berasaskan kehendakNya.Allah sebagai Tuhan yang sangat berhak menetapkan salah dan betul, halal dan haram,boleh ataupun tidak.

Masakan kita boleh berdiam diri apabila syariatullah dan ketetapan Allah itu dilanggar sesuka hati, bukankah kita sudah berikrar bahawa Allah itu adalah semata-mata Tuhan yang kita sembah?

Oleh kerana itu,kefahaman politik Islam dan nilainya yang sebenar ialah Islam adalah agama solusi dan penyelesai masalah (al islam huwal hall). Motifnya dalam menegakkan agama dan memerintah bumi ini  juga dengan agama. Dalam istilah sekular,politik dislogankan sebagai art of possible, namun dalam Islam politik ini diistilahkan sebagai art of soluble,iaitu seni dalam menyelesaikan masalah.Maka,tindak tanduk politik berasaskan Islam akan pasti menghala ke arah menyelesaikan masalah.

Politik Malaysia: Semakin hari Semakin Kronik.

Respon saya akan iklim politik di Malaysia kini,ianya semakin hari semakin lari dari dogma politik yang sebenar,malah turut gagal dalam memberi pendidikan  politik kepada rakyat.Bahkan saya turut setuju dengan kenyataan antara pimpinan mahasiswa yang menyatakan pendekatan politik negara kita kebelakangan ini bukan lagi berkisar soal ‘ideologi melawan ideologi’ (Model Ekonomi Baru atau Nasionalis melawan Agenda Ekonomi Malaysia, Buku Jingga atau Islamis/Demokratik/Liberalis), tetapi melalui ‘pembunuhan watak’ musuh politik.

Dalam soal ini,hemat saya pendidikan politik itu harus diperkasakan agar ianya memberikan pemahaman yang mencerdaskan masyarakat pemilih itu sendiri.Mereka memahami hak dan kewajiban politik sebagai warganegara dengan baik. Pemahaman ini penting dalam kerangka memilih pemimpin berdasarkan rasionalisasi yang jelas dan terukur.Masyarakat pemilih juga bijak dan mampu menentukan sikap dan penglibatan politik mereka. Menjadi kewajipan kepada mereka dalam menentukan pilihan semestinya didasari oleh kajian yang mendalam dan tidak sekadar pilih, berobjektif dan bukan atas dasar paksaan.

Politik bukanlah untuk ditakuti,dijauhi,apalagi dikotori. Politik hanya perlu dibersihkan dari sifat licik, penipuan, pemaksaan, penyembunyiaan maklumat dan apa-apa tindakan yang mencabuli hak demokrasi itu sendiri.

Politik hanyalah alat,ianya bukanlah matlamat.Bahkan dengan politik jualah kita mampu memastikan bumi Allah ini ditadbir mengikut apa yang Allah mahu..

Wallahua'alam..

4 ingatan dari teman:

habibah said...

assalam..:)

entry yang mnarik..

mmg..xdinafikan kebanyakan mahasiswa yang terlibat dalam politik akan divariasikan dan dinaikkan pangkat serta gelaran yang sinonim dgn keadaan politik yang jauh semakin meruncing..bisalah..mulut temayan mmg sukar ditutup..politik sesungguhnya tidak kotor..krana pada zaman Rasulullah poltik juga wujud..dengan kwjudan manusia yang tamak haloba, gila pangkat dan nama, maka terjadilah pemberian gelaran sebegitu rupa pada yang mengikuti politik ini..lagi2 sekiranya pihak pembangkang..

ini baru politik kampus..politik malaysia??..politik dunia??

:)...

Politik hanyalah alat,ianya bukanlah matlamat.Bahkan dengan politik jualah kita mampu memastikan bumi Allah ini ditadbir mengikut apa yang Allah mahu..

masyaALLAH..ayat anta..menusuk...

syukran...(=_=,)..

salam ukhuwah..

fariQfitri said...

ruang lingkup berpolitik dalam menyatakan kha dan kebenaran tidak pernah terikat hanya dalam dimensi tertentu. Di kampus sebagai pelajar, di rumah sebagai ahli keluarga,di luar sebagai anggota masyrakat juga antara cntoh ruang yang ada.

sperti yg dmklumkan td,kita bknnya mmndang politik skadar utk kuasa dan jwtn,tp kita mmndang juga kpd sstem urustadbir kmpus ataupun ngara,pmbnaan sahsiah masyarakat, wujudnya suasana@biah khdupan yg sjahtera dan plbgai lagi.

papepun,syukrn atas pndgn..

Yusry Yusopp said...

Teruskan menulis. Melontar idea.
Sifat anak muda. Makin diasah minda semakin tajam.

Download Permainan Tarbiyyah PERCUMA! http://www.4shared.com/document/zLoSCMPE/Sampel_-_50_Aktiviti_dan_Perma.html

fariQfitri said...

akh yusry : insyaAllah,balajar dari kkreatifan sifu juga.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...