19.4.11

Bukan Allah Bersahaja Tangguhkan Kejayaanmu..

Salam Palestina..

Dedikasi kepada mereka yang masih berada di dalam fatrah peperiksaan,yakinlah! sesungguhnya kejayaan itu merupakan sebuah sunnatullah. Jaminan Allah ini adalah anugerahNya kepada mereka yang telah berusaha.

Firman Allah,

"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan ( agama ) Kami, sungguh benar-benar akan kami tunjukkan jalan Kami,dan Allah beserta orang-orang yang berbuat baik,"
( Al-Ankabut : 69 )

Benar, Allah tidak pernah mungkiri janjiNya. Bila kita membela dan memenangkan agama Allah, Dia akan membela dan memenangkan kita. Bila kita berusaha mencari rahmat Allah, lebih pantas Allah melimpahi rahmatNya kepada kita. Bukankah sifirnya begitu?

Tetapi terkadang kejayaan ini ditangguhkan. Adakalanya Allah menangguhkannya tidak lain di atas sebab diri kita sendiri.Ia merupakan sebuah hikmah,sebagai bahasa Allah memperingatkan kita.

Firasat saya, mungkin kerana kita belum ikhlas secara total dalam perjuangan dan pengorbanan. Kita masih melangkah dengan hati yang masih tidak yakin, melangkah kaki kanan ke syurga, namun menitipkan juga kaki kiri ke neraka. Mungkin juga kita belum bersungguh mengerahkan potensi dan menstruktur kekuatan.

Namun dalam satu sudut yang berbeza,bersangka baiklah pada Allah.Sekalipun kita yakin kesungguhan kita itu patut diterima, kita lupa Allah menjanjikan kebaikan pada kita pada episod hidup kita yang seterusnya. Bukankah hidup ini adalah untuk bersyukur?

Bersangka baik pada Allah jua merupakan satu jalan dalam usaha mengenal Allah, dengan itu kita bertambah yakin bahawasanya Allah jualah yang berhak dalam menentukan arah tuju hidup kita di dunia sementara..


"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk ku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapangkan dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmu ku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri ku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah iman ku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Wallahua'alam.. 

6 ingatan dari teman:

habibah said...

husnu zan @ su'u zan...pilihlah...
Bersangka baik terhdap-Nya sesuatu y indah hakikatnya... (^_^)/

al-faQir ilallah said...

Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

~Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

"Kullu min habibi khair" : "Setiap dari kekasih (Allah) adalah yg tbaik"

Ana said...

''mungkin kerana kita belum ikhlas secara total dalam perjuangan dan pengorbanan''

boleh kongsikan bagaimana kita membina ikhlas dalam perjuangan dan pengorbanan?

jazakallah khair jaza'..

Ana said...

"mungkin kerana kita belum ikhlas secara total dalam perjuangan dan pengorbanan"..

boleh kongsikan bagaimana kita membina ikhlas dalam perjuangan dan pengorbanan?

jazakallah khair jaza'..

bocahspg said...

Assalamualaikum,
manusia sentiasa merasakan nikmat yang diberikan memang tidak pernah mencukupi. Maka, dengan itu Allah telah pun berfirman "Berdoalah kepada ku akan ku perkenankan kepada mu". Sentiasa bermohon, Allah Maha Mengetahui antara kemahuan & keperluan. :)
Wallahualam.

fariQfitri said...

To Ana: Ibn 'Atha'illah berkata dlm Al-Hikam, "Sesungguhnya Allah tdk menyukai amal yg mendua (berbelah bahagi), dan tdk pula hati yg mendua. Amal yg mendua tdk diterima dan hati yg mendua juga tdk akan diterima."

Kalaulah kita bnar2 mahu ikhlas, biarlah ht kita tguh dlm berjuang, bknnya msih bkira-kira dlm bsusah utk pjuangn. .Sbb itu kpi mbina ikhlas dlm dri kita ialah paras ksgguhan/ktahanan kita dlm bjuang,baik diuji dgn pujian ataupun diuji dgn ksakitan dan pkara2 yg kita xsuka.

Kita jg harus mmhami segala perkara yang boleh merosakkan perjalanan keikhlasan dalam beramal boleh dihindari dengan memahami segala kebaikan yang kita buat adalah dengan sebab rahmat dari Allah SWT,seperti ungkapan Ibnu Athaillah,

"Jangan kamu merasa gembira kerana merasakan telah membuat ketaatan namun gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata dari kurniaan dari Allah SWT."

mf dgn kkurgn jwpn yg dberi,mgkin kne rjuk ahlinya.

Wallahua'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...