3.5.11

Usia dan Sebuah Takdir..

Salam Palestina..

Semalam, adalah ulangtahun kelahiran saya buat kali ke-21. Ada di kalangan teman menyampaikan ucapan peringatan, sebagai satu isyarat kian meningkatnya usia. Ia merupakan suatu bahasa Allah kepada saya, supaya merenung kepada erti sebuah kehidupan yang saya kecapi sepanjang 21 tahun ini. Yang pastinya, ia merupakan sebuah anugerah milik Allah, mana mungkin ianya adalah pilihan saya.

Menghayati lirik lagu Rabbani, Mana Milik Kita, saya tidak pernah menolak ianya adalah lagu yang cukup teristimewa dalam saya menghayati erti ketuhanan dan kehambaan. Sungguh, Allah jualah yang memberi segalanya. Kalaupun saya tidak dapat apa jua yang diimpikan,saya harus tahu bahawa takdir saya juga adalah milik Allah. Bahkan  hidup atau mati saya tidak pernah mencacatkan perancangan Allah.

Teristimewa buat emak,emak,emak dan seterusnya ayah, terima kasih kerana mendidik dan membesarkan diri ini dari kecil hinggalah dewasa.Kita sedar adakalanya apa yang kita buat tidak seperti apa yang mak dan ayah inginkan, tapi percayalah kita faham dan yakin bahawa apa yang kita buat tidak lain hanyalah nak bawa mak dan ayah bersama ke dalam syurga Allah. Itu adalah kehidupan sebenar kita, itu semua kan janji Allah?

Dedikasi kepada guru-guru dan teman-temanku, pimpinlah diriku seiring bersama kalian. Bukankah kita juga idamkan matlamat yang sama? Walaupun diri ini tidak memiliki jatidiri perjuangan sehebat kalian,namun ketahuilah bahawasanya aku masih mempunyai hati yang sentiasa mendoakan kita semua selamat sampai di penghujung akhirnya. Mendoakan agar Allah mengizinkan terealisasinya harapan sebuah cita-cita ini.

Untuk yang terakhirnya, saya harap reda Allah mengiringi pertambahan dan peningkatan usia kehidupan saya ini. Saya doa dan harap, moga Allah meletakkan sifat syukur saya pada setiap saat dan waktu sementara hayat saya masih ada di bumi Allah ini.

 "Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami bahawa kebenaran itu tetap suatu kebenaran, dan rezekikanlah kami kemampuan untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami bahwa yang kebatilan itu tetap suatu kebatilan, dan rezekikanlahlah kami kemampuan untuk menjauhinya.."

Allahumma Amin..

Wallahua'alam..
  

4 ingatan dari teman:

Unknown said...

mengulas tulisan anda:
[Dedikasi kepada guru-guru dan teman-temanku, pimpinlah diriku seiring bersama kalian. Bukankah kita juga idamkan matlamat yang sama? ]

akhi, sebagai seorang teman, yup, bersama ye, enta tegur ana, ana tegur enta. matlamat? ke arah mencapai keredhaan Allah. amiin. syukran dan tahniah atas pelanjutan usia. anda masih muda!

fariQfitri said...

akh Ar-Rabi' : ye akhi,syukran utk sgalanya..bsama ke arah mncapai reda Allah itulah mtlamatnya..

Moga kita bersama di syurga..Allahumma Amin..

Ahmad Tajuddin said...

ana pun nak ucap jugak dari kejauhan ini....moga abang ku ini terus menerus bahagia bersama liverpool dia n bahagia selalu..hehe..lama x melawak dengan nta!

fariQfitri said...

ata : terima kasih ata..

mse ana rply msj nie,ana xleh thn dah..rindu kat nta..cpt2 siapkn keje nta,lekas ke bangi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...