29.8.11

Terima Kasih Cinta..

Salam Palestina..

Allah mengurniakan kita semua, sebuah cinta tanpa harga. Antara manifestasi cintanya kepada kita tertulis namanya Ramadhan. Saya pasti ramai akan merinduinya, lebih-lebih seusai sepergiannya beberapa ketika tadi.

Untuk beberapa ketika ini jua, saya yang pernah menggelarkan Ramadhan ini adalah makhluk Allah yang mendampingi kita selama sebulan, ingin menyatakan selamat tinggal kepadanya,kerna memberikan kita semua makrifah, keinsafan, lalu mendoakan kesejahteraan, memberikan ruang keampunan, serta membebaskan kita semua dari api neraka.
Selamat Tinggal Ramadhan !
Menurut alim ulama', jika kita ingin tahu sama ada puasa kita diterima ataupun tidak, kita mampu menilanya selepas Ramadhan berlalu. Kalau di bulan Ramadhan kita menutup aurat, jangan selepas Ramadhan kita dedahkan. Kalaupun pada Ramadhan kita menjaga pandangan, jangan pula kemudiannya mata kita liar memandang.

Sekadar selingan, semasa berbuka tadi,adik saya makan dalam nisbah lebih daripada biasa,lantas saya yang kehairanan mengusik lalu bertanya. Kemudiannya tidak sangka dia menjawab selamba, "mungkin syaitan dah bebas kot,tu yang semangat sikit makan.."  Allahu Robbi, walaupun adik saya hanya bergurau,doa saya agar Allah mengistiqamahkan hati-hati kami seumpama pada bulan Ramadhan..

Pinta kami padaMu Ya Allah,

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
( Al-Imran :8 )
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Selamat tinggal cinta,"Ramadhan"..datanglah lagi, jangan lupakan kami !!  :(


Wallahua'alam..

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...