Salam Palestina.
Ramadhan datang, lalu kemudiannya pergi. Berlalu pergi tanpa isyarat awas dan amaran. Sungguh, tersangat rugi bagi yang membiarkannya sama seperti 11 bulan selainnya. Bagi yang merasa mahu menghargainya,ketahuilah sesungguhnya langit Ramadhan sentiasa cerah.
![]() |
Langit Ramadhan yang kian pergi nanti~ |
Ramadhan yang Sama, Natijah yang Berbeza
Klausa yang penuh dengan makna, lalu tidak ketinggalan menjadi sisipan pada setiap peringatan Ramadhan. Adakalanya saya risau ramai yang beriman dengan falsafahnya,tetapi tetap alpa pada pelaksanaan maknanya. Itulah, kita selalu berlegar pada penggunaan bahasa,sedangkan perhitungan Allah pada setiap amal perbuatan kita. Namun,kita masih sempat bermuhasabah,kerna langit Ramadhan sentiasa cerah.
Hidup ini adalah Untuk Bersyukur
Pelaksanaan syukur seolah menjadi amalan bertempat. Lalu ruangnya termaktub hanya apabila sampai pada waktu mengucapkan lafaz hamdalah, misalnya pada awal memulakan ceramah dan lafaz di dalam solat. Aduh,lupakah kita sifir syukur itu mudah,
*Bersyukur dengan nikmat = Allah tambah nikmat.
*Tidak bersyukur/ kufur dengan nikmat = Azab Allah amatlah pedih.
Sesungguhnya Ramadhan adalah seolah-olah makhluk yang mendampingi kita, menyediakan ruang kepada kita untuk lebih bersyukur. Malah dengan menggunakan sepenuh daya, anggota tubuh badan,apa-apa sahaja yang realitinya dari Allah dengan membawa sepenuh kesungguhan pengabdian semata-mata kepada Allah, sebenarnya adalah cara kita mensyukuri nikmat Allah. Bersyukurlah tanpa mengira tempat,lebih-lebih lagi Ramadhan itu masih ada untuk kita.
Sungguh, langit Ramadhan sentiasa cerah,
Bandar Baru Bangi,
3 Ramadhan 1432H.
3 Ramadhan 1432H.
Menanti untuk pulang.
Wallahua'alam..
7 ingatan dari teman:
Alhamdulillah akhirnya ana dapat juga baca tulisan enta.
eh,sebelum2 ni ana ad ja tulis,cumajarang ja update..btw syukran utk komentar..
alhamdulillah..
alhamdulillah..teruskan menulis selagi ada daya..
insyaAllah..mohon doanya..
Post a Comment