30.9.11

Telah Lebih Setengah Abad Bendera Jahanam Itu Berkibar..


Salam Palestina..

Saya mendoakan agar rasa cinta ummah kepada Palestin tidak akan pudar, sekaligus berani menyatakan bahawa darah dan nyawa mereka mampu menjadi tanda harga kepada pembebasan Palestin.

Tempoh ini sudah cukup lama,sungguh kekejaman ini langsung tidak boleh diterima. 

Wahai saudara-saudari seIslamku, sudah lebih setengah abad bendera Israel itu berkibar, di bumi suci kita bersama..



Masih ingatkah kalian
14 Mei 1948
Saat turunnya Union Jack
.. untuk diganti dengan ‘Star of David’
Di atas tanah warisan para anbiya’
Tanah itu dulu pernah disinggahi
Nabi kita yang mulia

Dalam perjalanan menuju Sidratul muntaha
Kunci kotanya pernah diserahkan
Kepada Umar Amirul Mukminin
Dari Penguasa Empayar Byzantium
Lalu diisytihar sebagai waqaf muslimin
Hiduplah segala bangsa
Rom, Kristian, Muslim dan Yahudi..

Dalam aman bahagia
Setengah abad berlalu
Dan pada millennium pertama
Bumi itu dijarah kembali..
Sekali ini oleh pemikul-pemikul salib
Di atas pundak-pundak kuda
Bersahutanlah seruan sabil
Di medan Hittin
Salahuddin Al-Ayubi mengembalikan kota itu
Keharibaan kita semula

Usaha mereka tidak terhenti
dengan lagenda Richard ’berhati singa’
Mereka terus merancang membuat makar
Akhirnya peluang datang
Apabila Dunia Islam yang menjadi pewaris kota itu
Dikalahkan dengan runtuhnya kesatuan
Sebelum mereka dialahkan di medan perang
Dendam lama masih membara
Dengan pongah
Mereka injak pusara pahlawan berjasa
Berserulah mereka
‘Salladin’!
Perang Salib telah tamat!

Episod duka itu tidak berakhir
Malah menjadi prolog kepada satu penderitaan berpanjangan
Kebencian dizahirkan
Dengan membina pakatan antarabangsa
Kota itu dikepung dari segala penjuru
Melalui satu pengistiharan Cuma*
Datanglah waris-waris Bani Israel
Dari segenap tempat
Menduduki tanah itu dengan percuma

Setelah menang dalam sebuah peperangan dunia
Ciptaan dan lakonan mereka
Mereka bersidang
Kononnya untuk mencari keadilan
Ke atas satu bangsa yang teraniaya
Kali ini waris-waris Bani Israel bukan sekadar
Diberikan pas percuma
Malah dianugerahkan sebuah negara**
Setelah penghuninya diusir
Dari tanah kelahiran mereka

Setengah abad sudah bendera itu berkibar
Setelah derita menjadi sebati
Setelah generasi silih berganti
Setelah negara-negara bersaudara menyepi
Menyangka kebangkitan telah mati
Bercambahlah benih harapan
Dari darah para syuhada
Yang terus menyuburkan jiwa-jiwa yang sedar
Slogan kemenangan berkumandang
Dari mehrab dan mimbar-mimbar

Para musuh kembali mengepung
Kali ini menggabungkan gergasi-gergasi dunia
Untuk menundukkan sebuah kebangkitan
Yang dijulang oleh segelintir cuma
Daif kelihatan mereka
Tetapi tidak pada jiwa
Mereka akan terus berjuang meski
Di selang-seli tangisan anak-anak
Kerana perut minta diisi
Kemenangan bagi mereka sudah pasti
Syurga sedang menanti

Lalu mereka menyeru
Saudara-saudara mereka yang sedang diulit mimpi
Yang tidur kekenyangan
Hulurkanlah bantuan dari hartamu yang melimpah-ruah
Kelak kami akan bersaksi
Di hadapan Tuhan Rabbul Jalil
Ini saudara kami yang telah membantu kami
Dalam jihad membebaskan tanah suci
Mereka adalah sekutu kami dalam perjuangan ini Ya Rabbi
Mereka adalah teman-teman kami dalam syurga abadi

Dengan wajah tertunduk malu
Kita menilik diriApakah layak


Untuk bersama mereka nanti?
Dengan hanya beberapa ringgit
Yang dihulurkan dengan penuh hemat
Untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa yang dikuasai?


Sajak oleh Hafidzi MN yang didedikasi beliau kepada pecinta bumi Palestina pada 23 Mei 2006. Semoga roh penulisannya menelusupi jiwa-jiwa yang tidak henti menyatakan syahid pada pembebasan Palestina. 

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

TINTA GERIMIS said...

SALAM..

MUDAH2AN ALLAH MMBERIKAN KEBEBASAN PADA PALESTINA..AMIN..:_)

fariQfitri said...

Insyaallah..
Sesungguhnya bumi Palestina akan dibebaskan pada suatu hari nnti, mudah2an nama kita tercatat antara pejuang yang bersungguh ingin membebaskannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...