Salam Palestina..
"Kelahiran nabi saw merupakan revolusi pertama dan agung dalam sejarah, baginda tampil melaungkan seruan kebebasan berkeyakinan, berpendapat, memilih dan sebagainya. Islam agama yang menentang perkauman, menolak diskriminasi antara Muslim dan non-Muslim, selain menegakkan keadilan gender. Agama yang mendengungkan idea kebebasan ini telah ditolak oleh pembesar-pembesar Quraysh satu masa dahulu, dan akan terus ditentang "substance"nya oleh sesiapa sahaja yang berkepentingan dan mahu menjaga kedudukan dan status quo. Seruan Islam ialah seruan universal, adil dan sama rata."
(Khutbah Jumaat oleh Shaykh Rachid al-Ghannouchi )
(3 Feb 2012)
Kelu. Tidak tertanggung rasanya malu mahu menghadap nabi. Saya pernah terbaca, satu buku mengisahkan nabi berkata,
"Antara diriku dan kalian, ibarat seorang yang menyalakan api, kemudiannya dikerumuni anai-anai, kupu-kupu dan belalang, orang-orang saling menghalau, tetapi aku, membendung, menggenggam dalam tanganku agar tidak terjilat oleh lidah api, namun kalian melepaskan diri dari tanganku."
SubhanaAllah.
Ya Allah, moga-moga kecintaan kami kepada Rasulullah sehinggakan ada pada benda yang tidak bernyawa.
Allahumma solli ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarakallahu wasallam.
Allahumma solli ala Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarakallahu wasallam.
Wallahua'alam..
0 ingatan dari teman:
Post a Comment