Celoteh.
Kali ini tiada tajuk khusus, jadi inilah post saya yang boleh diungkapkan sebagai 'segala bagai'.~
Selang beberapa hari selepas ulangtahun kelahiran, saya upaya memaknakannya kali ini. Ia berasaskan kekuatan janji, yakin dan rasa saya kepada Tuhan, yang senantiasa memberikan inspirasi motivasi dan mengilham genta rasa dalam meneruskan langkah. Dan Alhamdulillah, Allah mudahkan doa ini.
8 Mei '12
Saya mendapat emel, ditawarkan menjalani latihan industri di sebuah tempat yang telah lama saya idamkan. Tidak jauh dari rumah sewa di Bangi, doa saya supaya tempoh praktikal hampir 2 bulan itu dimanfaat semaksimum mungkin di bandaraya ilmu ini tambah-tambah di langit Ramadhan. Harapnya ini rezeki yang hadir tanda Allah redha. Dan Alhamdulillah, Allah mudahkan juga doa ini.
*********************************************************************************
Tidak berapa lama ramai abang, kakak dan sahabat saya bakal mewarisi sunnah nabi, menguatkan agama dengan jalan nikah. Saya doa semuanya baik-baik saja, permulaannya baik, pertengahannya baik dan khatimahnya juga baik. Moga Allah mencampuri urusan kalian. Saya insan biasa, siapalah saya untuk tidak mengizinkan kalian meninggalkan saya keseorangan selepas ini.
Saya teringat, antara pesan Ust Zulkifili Hj Ismail ( mudir Baitul Qurra' di Melaka) kepada saya di dalam rumahnya sebelum saya menitip langkah pulang selepas tamat pengajian daurah di sana ialah, selain harus cari pasangan yang menjaga agama, mesti menitik beratkan soal penjagaan makanan.
Penjagaan bukan sekadar soal halal dan haram, bahkan meliputi sumber, jenis kandungan makanan, buatnya di mana dan siapakah di sebalik penghasilan makanan tersebut. Saya kongsikan dan dedikasikan kepada kalian, kerana di situlah antara usaha kita memastikan generasi seterusnya lebih baik khususnya untuk agama. Dan lihatlah, keluarga Ust Zul telah membuktikan segalanya.
Perlu ke gambar macam ini?~ |
Disebabkan ini celoteh, maka saya pun tidak tahu bila ianya akan habis.Tetapi demi menghormati hari Jumaat ini, saya tamatkan juga risau-risau saya tergolong di kalangan orang yang tidak mendapt pahala Jumaat akibat terlepas khutbah~
4 ingatan dari teman:
assalamualaikum..
Nampak santai tapi tetap bermanfaat..
selamat menyiapkan tesis yg bakal dihantar pd 18HB dan menjalani praktikal dengan sebaiknya..
InsyaAllah.semoga dipermudahkan jalan..
p/s : oh ye..perlu je gmbr tu.. ~
oh ya, mohon didoakan moga Allah berkati juga ..trima kasih atas ziarah..
owh.! =))
Shazwan : Nanti dlm usrah kita bncang panjang tmbh2 5 org lain tu mmg suka bab-bab ni kikiki..
Post a Comment