Penulisan ini, saya lontarkan sebagai pemerhatian kepada sikap hari-harian kita, terutama dalam kancah penglibatan budaya ilmu dan kemudiannya gaya melentik sudut di dalam berfikir. Sesetengah daripada kita lebih suka bersandar pada pandangan figura, lebih daripada faham mereka akan sesuatu konteks melalui sandaran kajian dan bacaan. Muhasabah khusus kepada saya.
Muhasabah 2012 ke belakang- Siapa diri Kita Sebenarnya?
Saya mengajak teman-teman bersama menganjak paradigma ke hadapan, lebih-lebih lagi sebelum tibanya ujian pasca PRU-13. Saya risau tambah gelisah, apabila kebanyakan dari kita tidak mempersiapkan diri sebaiknya, di masa masyarakat memerlukan anak muda mendepani situasi dengan solusi, bukannya lebih bersikap kontradik dengan keperluan massa.
Kala ini saya mengajak kita bersama melihat diri kita sebermula 2012 ke belakang kembali, siapakah kita sebenarnya dalam pencapaian ilmu, sumbang bakti kita sebagai aset rakyat di samping amanah-amanah yang terpikul. Di dalam budaya ilmu dan berhujah, adakah kita lebih selesa melabel dan bersandar hanya kepada pandangan orang lain tanpa memahami hujah sebaiknya dalam sesuatu ilmu? Mungkin juga faham kita pada hari ini berasaskan hanya ikut-ikutan sahaja, berbanding faham atas daya fikir dan seterusnya percaya?
Dan tambah lebih teruk lagi, adakah benar-benar kita kenal siapa kita sebenarnya? Risau-risau setiap yang ada pada kita hari ini hampir ke semuanya bukan usaha kita, tapi hanya nilaian kebergantungan pada orang lain. Semata-mata berharap dari orang lain.
Krisis dalam kala ini ialah keterbatasan pemuda berilmu yang menjadi benteng kepada agama, berbanding lambakan pemuda yang sanggup mati kerananya. Atas kerna itulah, semangat hak-upaya kepada potensi pemuda harus dihidupkan. Seminar-seminar, pembentangan kertas kerja, bedah buku dan segala genap pembumian budaya ilmu wajar dihadiri bagi mengasah sisi pandang segenap sudut kepada pemuda. Konsensusnya pasti terbukti bila wujud idea-idea membugar segar dari generasi muda .
Tidak harus ada budaya labelling dalam menerima pendapat, wujudkan suasana agree to disagree, biasakan berhujah tanpa skeptik, tambah kawan-kawan tak sealiran dan terpenting perbanyakkan sumber bacaan. Bagaimana harus mengharapkan Al-Ahkam Sultaniyyah unjuran Imam Mawardi sedangkan banyak lagi kita Siyasah Syar'iyyah dari Ibn Taimiyyah dan ulama''ulama' lain misalannya.
Atas kerana itu, sebermula 2013 kelak, bina azam kita semua dengan mimpi yang sama, unggul di pentas rakyat bersama kerajaan baru- semata-mata dari rakyat, bersama rakyat dan semestinya terus kepada rakyat.
Wallahua'alam..
2 ingatan dari teman:
kondisi pemuda islam saat ini banyak yang jauh dari nilai2 agama..bersyukurlah kita kepada Alloh yang masih diberikan petunjukNya kepada hamba2Nya yang dikehendaki
alangkah baik jika pemuda2 yg diberi kesedaran, diberikan kekuatan untuk memanfaat kesedaran, seterusnya istiqamah dan kemudian sampai ke matlamatnya :)
Post a Comment