Kurang lebih bila dikira-kira, saya bukanlah jenis yang cepat mengagumi orang, apatah lagi watak terlahir dari seorang perempuan. Selepas emak, selama-lama tempoh hidup ini akhirnya saya berjumpa juga. Sebab itu saya bangga untuk menyebut, sebenarnya saya anak murid dia.
Saya suka gambar ini walau mata tertutup~ |
Apa istimewanya wanita ini?
Terlalu istimewa, pengenalan saya dengannya tidaklah terlalu lama, namun tempoh setahun itu cukup memaknakan.
Mana tidaknya, saya tidak rasa kosong walau tidak ditarbiyyah seperti di kampus dulu. Pertemuan dengannya bukan hanya berbicara tentang perihal projek master, juga terselit bicara ketuhanan dan kehambaan. Selalu.
Bila berjumpa dengannya, bebelan dan rintihannya membuatkan diri teringat emak di kampung.
Bila berjumpa dengannya, selalu saja maaf dipinta di bibirnya. Takut kekasarannya bila berdialek utara menyakiti hati yang mendengarnya.
Dia wanita yang cukup kuat. Seingat saya pernah dia berseorangan dengan anaknya yang masih kecil di Florida, Amerika menyelesaikan projek master. Tanpa suami di sisi, berdiri sama kuat dengan penyelidik dari serata dunia.
Dia selalu meminta untuk saya berdoa kepadanya, adakala semata-mata soalan itu keluar bila bertemu dengannya. Selalu saya jawab, "Konfemlah Dr, saya anak murid Dr kot". Kedua-duanya tersenyum. (teringat).
Bermain di dalam penyelidikan sains sangat memerlukan metod, teori yang dibuktikan dan rujukan yang tepat. Ianya tidak subjektif. Keputusannya ditentukan instrumentasi yang persis. Wanita ini mengingatkan saya untuk bertauhid walaupun bereksperimen.
Selalu memesan saya, adakalanya yang buruk di mata kita itu mungkin amalannya diterima Allah berbanding kita yang mungkin baik di mata orang lain. Keikhlasan itu sentiasa dekat dengan dirinya walaupun iyalah, teorinya berlegar-legar di setiap peringatan kita.
Saya dedikasikan penulisan ini terutama untuk mengingatkan kita semua, walau kita lemah, tidak kuat, keterbatasan namun percayalah Allah akan menghantar seseorang untuk menguatkan kita sekiranya doa kita selalu ke arah itu.
nota kaki : Guru yang dimaksudkan di dalam artikel ini ialah Dr Halimah Bt Muhamad, Ketua Unit Analitikal dan Pembangunan Kualiti, Kimia dan Industri di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), juga merupakan penyelia utama projek master kepada penulis. Sama-sama doakan penulis dapat terus melangsungkan projek phD di bawah penyelia yang sama. Ameen :) :) :)
Wallahua'alam..
3 ingatan dari teman:
setuju...ALLAH selalu memberikan yang terbaik bagi hamba-hamba-NYA yang senantiasa mendekatkan diri kepada-NYA ...salam :-)
Moga Alloh memuliakan serta menguatkan beliau.
Ana juga suka gambarnya akhi, walau mata nta tertutup..hehehe
Dua teman pena dari negara saudara saya di Indonesia sudah memberi mesej dan doa, terasa kuat sebentar.
Mudah-mudahan. Amin.
Post a Comment