11.5.10

Gerakan : 1 solusi

salam palestina..

saya sering melihat keluar beberapa ketika ini,akan asbab hadir dan wujudnya sesebuah gerakan dakwah,ormas dan mana-mana jemaah yang mengatasnamakan gerakan mereka mendokong prinsip perjuangan Islam.

saya juga memikir adakah mereka menyusun manhaj mereka seiringan dengan waqi' ataupun bi'ah (suasana) yang mungkin berada di sekeliling mereka??


sebahagian mereka mungkin menggunakan pendekatan manhajul inqilab (revolusi) untuk mengubah massa dan meraih kekuasaan,dan sebahagian yang lain menggunakan cara ishlah (reformasi),dan saya berpendapat dalam era demokratisasi ini,wajar menggunakan pendekatan parti politik untuk mencetus perubahan.

Secara adabnya,kita harus menghargai semua ijtihad yang dilakukan seluruh gerakan yang ada dalam dunia Islam.Namun pada saat yang sama seluruh gerakan itu harus mengevalusi seluruh dasar dan manhajnya,sama ada bertepatan atau tidak dengan apa yang dibawa oleh nabi SAW,iaitu sama ada gerakan yang mereka dokongi itu mencakupi ciri-ciri sesebuah harakah,sama ada ia bersifat menyeluruh ataupun hanya memfokuskan kepada sebahagian sahaja unsur-unsur dalam gerakan.

Satu perumpamaan mudah untuk sikon di Malaysia,mengenai satu jemaah induk yang awal bertapak di negara ini.Kemudian lahirnya beberapa jemaah yang adakalanya mempunyai sifatan melengkapi,ada juga didirikan atas sebab tidak berpuas hati tentang konsep tarbiyah dan sebagainya.Malah ada yang menafikan hak jemaah ini sebagai jemaah yang menyelusuri manhaj Ikhwanul Muslimin,sekaligus mengisytiharkan merekalah "Ikhwan" di Malaysia ini.

Terkadang ramai abnaul haraki "miss concept" dengan apa yang terjadi,maka timbullah budaya saling menyalahkan antara jemaah membuatkan pergerakan dakwah Islamiyah menjadi terabai,membuatkan banyak isu yang tidak dapat ditangani,malah adakalanya memenangkan pihak kuffar dalam beberapa kes.Saya suka memetik antara ulasan seorang murabbi,Al-Fadhil Ust Yahya Osman berkenaan isu ta'adud jemaah ini.Pandangannya,aggaplah jemaah induk itu sebagai jemaah yang menjadi "Payung" kepada jemaah lain.Ia menaungi jemaah selainnya manakala jemaah-jemaah terbitan ini melengkapinya.

Dan apa yang saya boleh simpulkan,jemaah induk ini umpama sebuah kapal besar dan jemaah-jemaah terbitan ini bertindak sebagai kapal-kapal kecil yang berada di dalamnya.Jemaah-jemaah terbitan ini berfungsilah seadanya mengikut posisi dan kapasiti masing-masing,dalam masa yang sama berperanan menyempurnakan agenda besar yang digalas jemaah induk tersebut.

Saya kira sekiranya semua ahli gerakan sedar akan peranan mereka,maka InsyaAllah hari esok pasti menjadi milik Islam..

Wallahua'alam.

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...