29.12.10

Di Dalam Dakapan Ukhuwwah..

Salam Palestina..

Walau apa pun keputusannya malam ini,saya doa ianya tidak memberi apa-apa kesulitan terhadap persaudaraan ini, lantas kita bangkit terus dan terus mencorakkannya demi sebuah cita-cita kebangkitan Islam di  nusantara ini.Disebabkan akhir-akhir ini saya cukup terkesan dengan satu program yang penuh dengan slot "ta'aruf  gaya sajak", sebuah sajak menjadi satu posting santai saya buat "kita",agar sama-sama menghargai satu sama lain selagi masa itu ada untuk kita.


kerana beza antara kau dan aku sering jadi sengketa
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
kerana satu kesalahanmu padaku seolah menghapus
sejuta kebaikan yang lalu
wasiat sang Nabi rasanya berat sekali :
" jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

mungkin lebih baik kita berpisah sementara,sejenak sahaja
menjadi kepompong dan menyindiri
berdiri malam-malam,bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga,menebar keindahan pada dunia

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwwah
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
dengan persaudaraan suci,sebening prasangka,selembut nurani
sehangat semangat,senikmat berbagi dan sekukuh janji.

"semua makhluk adalah tanggungan Allah. Orang yang paling dicintaiNya adalah yang paling bermanfaat bagi yang ditanggung olehNya"
( Mafhum al-Hadis )

Saya tidak tahu apa kaitannya posting kali ini dengan Final Piala Suzuki malam ini,tetapi harapannya mungkin ia menjadi penawar sebelum racun ukhuwwah tersebar sebaik sahaja tamat perlawanan malam ini.Pesan saya, "biarkan saja ia bergolek".  :)

Wallahua'alam..


2 ingatan dari teman:

Siti SArah Ahmad Rusli said...

i dont get ur point..tap sajak yg menarik

fariQfitri said...

apa yang saya cuba sampaikan ialah sebuah kerisauan melihat fanatiknya penyokong kedua-dua pasukan dalam bersama pasukan masing2.disebabkan M'sia dan I'sia mrupakan negara yang diharap tggak kpada kbgkitan Islam di nusantara 1hri nnti, kita tidak mahu krisis psaudraan berlaku disebkan kesan keputusan final mlm 2.jadi hrapa apa2 pun kptusan yg Allah dh ttpkan,kita blpang dada jela.xdela isu "Ganyang Malaysia" lagi lpas ni..xde predict sjauh 2 kesannya, tp siapa tahu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...