18.1.11

Pemimpin Di Bumi Itu Sekadar HambaNya

salam palestina..

Allah itu mampu untuk menyelia semua manusia di bawah tanggungannya. Bahkan pengetahuanNya mengenai perihal manusia tersebut lebih dari diri manusia itu sendiri.Saya suka mengingatkan diri saya bahawa Allah punya sebab mengapa Dia mewakilkan di kalangan  manusia itu wujudnya seorang pemimpin,waima keputusan itu sekalipun tidak menguntungkan diriNya.

Signifikan dari perintah ini jelas termaktub dari ayat ini,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Surah Al-Baqarah; ayat 30)

Pemimpin dilahirkan dengan agenda

Pemimpin bukan dilahirkan sewenang-wenangnya berkuasa tanpa matlamat dan arah tuju. Ya,umumnya pemimpin mencorakkan sistem kepimpinan dalam mencapai visi dan misi organisasi.Tetapi amanah yang ditanzilkan itu memberi gambaran bahawa pemimpin juga merupakan pemegang amanah dari langit. Dalam nada yang lebih mudah,pemimpin itu harus melaksanakan fungsi asas seorang khalifah, iaitu berperanan mendirikan dan menguhkan agama juga memerintah bumi dan sekalian makhluk dengan agama.

Menurut Imam Qartubi, dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, melaporkan perkataan Imam Sahl bin Abdullah yang bermaksud, 

"Mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas mereka yang berkuasa serta ulama".

Ia seharusnya menjadi core bussiness kepada kefungsian setiap pemimpin,tetapi masih ramai yang tidak mendalami dan memahami maksudnya.

 Pemimpin : Dipilih atau Terpilih ?

Semua pemimpin yang terpilih adalah pemimpin yang diplih. Namun,tidak semua pemimpin yang diplih adalah yang terpilih.Perencanaan dari Allah ini mengajar kita supaya turut meraikan pemimpin yang dipilih,juga tidak semstinya mengharapkan pemimpin yang terplih ini  semata-mata,dalam kata yang lain pemimpin yang terpilih ini dilabelkan sebagai pemimpin yang sebenar berbanding pemimpin yang sekadar dipilih. Ekoran itu,sangat perlu kita terlibat dalam mencampuri urusan memilih pemimpin kelak.

Soal memilih memimpin merupakan amanah dari Allah. Perlu ada penilaian dan perincian yang sifatnya sangat selektiviti. Peranan ini diperuntukkan sepertimana sabda nabi SAW,

“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

 (Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas)

Pengukuhan dari Saidina Umar al-Khattab pula,

"Barang siapa mengangkat seseorang untuk perkara kaum muslimin, kerana ia dicintai dan kerana kekerabatan, maka ia berkhianat kepada Allah, Rasulnya dan kaum muslimin”

Kefahaman saya mengenai sandaran hadis dan pesanan khalifah Umar di atas ialah, sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia bukan sahaja menzalimi dirinya sendiri, malah turut memberi impak yang buruk kepada semua makhluk di bumi yang mendambakan ketaatan dan kehidupan semata-mata kerana Allah.

Pemimpin sebagai manifestasi pertanggungjawaban kepada ummah

Saya mengambil kenyataan Ibnu taimiyah di dalam sebuah karangannya yang menekankan betapa semua umat Islam wajib untuk mengambil tahu segala urusan umat Islam yang lain. Apabila kita mendapati ada di kalangan umat Islam tidak menunaikan hak Allah,maka kita harus manghulurkan bantuan supaya mereka tidak berterusan menzalimi diri mereka sendiri.Bahkan jika hak mereka dizalimi sesama manusia, kita jugalah yang mempertahankannya walaupun menghadapi apa jua aral melintang yang mendatang.

Maka pemimpin harus menjadi centre kepada permasalahan ummah,menjadi pemeriksa dan pengimbang kepada keperluan ummah,kerana tanpa adanya sistem ini,tidak semua suara ummah disampaikan pada saluran yang sepatutnya.Sebab itu sangat-sangat rasional Allah memilih di kalangan kita sendiri lahirnya seorang pemimpin.
Justeru, apabila membicarakan soal kepimpinan,ianya perlu diambil berat kerana itulah yang menentukan halatuju sesebuah sistem pemerintahan, sama ada paksinya itu di landasan yang tepat ataupun sebaliknya. Malah, agama dan pembawaan jatidiri sesebuah komuniti masyarakat itu juga sangat dipengaruhi oleh kapasiti dan batang tubuh pemimpin itu sendiri.Ayuh, jadilah golongan yang menukar sebelum menjadi golongan yang ditukar dan diganti Allah dengan golongan yang lain.

~ Membina Mahasiswa Penggerak Ummah~

Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

Bint Mohammad said...

perkongsian ang sangat menarik...teruskn berkongsi dn memberi pengisian dlm memantapkan lagi kredibiliti kepimpinan dn pemimpin kasnya pemimpin yg membawa nama Islam...

fariQfitri said...

syukran singgah dan sudi hntr komentar..insyaAllah,doakan agar Allah masih mymbung kontrak segala pnjaman ke atas diri ini..Allahumma Amin..

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Ada beberapa persoalan yang ingin saya lontarkan tentang hadith riwayat Al-Hakim:

1-Sungguhpun Al Hakim merupakan seorang tokoh hadith, namun kitab tulisannya, Al Mustarak alaa Sahihain, telah dikritik hebat oleh ulama' hadith terkemudian sehinggakan Imam Al Dzahabi mengatakan, "Alangkah baiknya sekiranya Al Hakim tidak menulis kitab ini."

Umumnya, ulama hadith akan menambah hadith ini disahihkan oleh Al Dzahabi sekiranya memetik dari kitab Al Mustadrak.

Soalan saya, bolehkah saya mengetahui, adakah hadith ini berasal dari Al Mustadrak?

2-Adakah wujud syarah hadith ini dengan lebih mendalam?

3-Apakah yang dimaksudkan dengan "Allah lebih redha"?

Adakah semata-mata dengan beragama Islam?

26. salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.Al Qasas: 26

Dalam kisah ini, seorang asing yang tidak dikenali asal-usulnya dilihat sebagai kuat dan amanah dan anak perempuan Syuaib telah mengesyorkan orang asing ini.

Al Mawardi juga bersetuju dengan orang bukan Islam Dzimmi memegang jawatan eksekutif dalam kerajaan selagi tidak mengancam umat Islam.

Jadi mohon pencerahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...