16.5.11

Mereka Bukan Sekadar Seorang Guru..

Salam Palestina..

Saya pasti penulisan saya ini nyata tidak mampu menterjemahkan komitmen dan pengorbanan seorang guru, namun saya  terpanggil untuk mengingatkan bahawasanya kesungguhan dan kualiti seorang guru itulah yang menentukan kejayaan sebuah sistem pendidikan.

"If a doctor makes a mistake, it will kill a life...
but, if a teacher makes a mistake, it will kill a generation.."

Saya tidak bermaksud silibus ataupun kurikulum tidak menjadi asas dalam sistem pendidikan, tetapi silibus hanyalah sebuah bahan mentah yang masih perlu diproses. Analoginya, kurikulum adalah bahan asas pokok yang diperlukan untuk tanaman,akan tetapi kehangatan sentuhan seorang guru merupakan unsur penting pokok bagi kelangsungan  pertumbuhan tanaman ataupun bagi jiwa seorang anak murid yang sedang tumbuh.

Sebagai contoh,Finland sebagai negara dengan kualiti pendidikan terbaik dunia, mengambil serius dalam menjaga kualiti guru-guru di negara mereka.

Tingginya darjat seorang guru itu jelas dalam pernyataan Saidina Ali Abi Talib, yang pernah berkata,

"Siapa pernah mengajar aku satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya."

Itulah signifikan peri pentingnya guru dalam arena pendidikan, nyata tanggungjawab seorang guru itu tidak terbatas. Hadir mereka bukan hanya untuk menyampaikan, namun mereka jualah bertanggungjawab  mencetak generasi yang berupaya  mewujudkan suatu sistem kehidupan yang terbaik buat seluruh masyarakat kelak.

"Guru adalah pemimpin, guru adalah pendidik, guru adalah pemikir, guru adalah pengarah, guru adalah pelakon, guru adalah fasilitator, guru adalah ibu bapa, guru adalah pengurus, guru adalah wakil rakyat, guru adalah rakan, guru adalah kaunselor, guru adalah jurulatih, guru adalah segala-galanya"

Saya tidak pasti apakah masih ada watak dan peranan yang boleh dimainkan oleh seorang yang bergelar guru, namun hakikatnya saya pasti seorang guru itu melaksanakan peranannya dalam segala watak dengan begitu baik sekali.

Dedikasi buat semua guru yang pernah bersama saya dalam arena pendidikan sebelum ini hinggalah kini, saya mengucapkan seinfiniti penghargaan kepada kalian,yang mengusahakan mendidik saya hingga ke tahap ini, dan buat bakal menjadi guru, ingatlah,para anbiya' menjadikan akhlak ( attitude ) dan kebersihan hati sebagai teras pendidikan dan topik utama dalam pendidikan mereka. Maka mulakanlah hidupmu sebagai pendidik kelak dengan cita-cita yang mulia kepada seluruh anak-anak muridmu. 

Selamat Hari Guru !

Wallahua'alam..

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...