7.6.11

Alangkah Manfaatnya Sebuah Kesatuan di Atas Perbezaan!

Salam Palestina..

Kata Confucius,

"Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia,namun berfikir tanpa belajar adalah merbahaya !"

Berfikir secara asasnya membezakan manusia dan makhluk Allah selainnya. Ironinya berfikir kini seolah menjadi budaya sikap yang eksklusif dan terhad melainkan ianya hanya digunakan apabila timbulnya masalah, itupun sekadar mencari solusi yang berkaitan. Hemat saya jarang rasanya wujud sikap ini dalam membentak keselesaan kebiasaan kita, maksud saya kita tidak mensikapi fenomena berfikir malah  proses berfikir kita tidak disertai dengan berdikari dan masih mengharapkan pandangan lama atau tradisional tertentu yang dianggap benar.

Wabak pesimis dalam pemikiran ini seharusnya ditangani, bagi saya inisiatifnya dengan membangunkan pembacaan baru yang bersifat semasa. Ia tidak mengenepikan pemahaman lama, kerana kita risau apabila kita terlalu mengharapkan pemahaman lama sebagai pijakan berfikir,gaya menyelesaikan masalah kita tidak terlalu berbeza dengan sebelumnya.
Saya tidak bermaksud gaya berfikir ini adalah tidak luar daripada kotak~
Hari ini kita maklum akan wujudnya variasi masyarakat,malah tidak pelik wujudnya juga beberapa jalur perbezaan gaya berfikir.Adakalanya bila tercetusnya perbezaan gaya berfikir,adab menjadi keutamaan dalam menghasilkan titik temu penyelesaian yang lebih baik.Malah,suka saya mengambil antara kata-kata ulama' yang menyifatkan,

"Adab ialah hikmah yang tersirat di sebalik sebuah kitab yang tersurat"

Adakalanya bila kita mentelaah ilmu pada kitab-kitab, soal adab tidak dinyatakan secara nyata namun apabila wujud pandangan berbeza dari kitab yang dibaca,adab menjadi ilmu tersirat yang menahan kita dari menghujahi pandangan tersebut secara beremosi,malah hujah dan fakta sebagai asas kebenaran ilmu tersebut diambil sebagai inti perbincangan.

Melihat kepada perbezaan gaya berfikir inilah, bayangkan bagaimana wujudnya titik temu dalam berfikir yang mampu menjadi bahan bakar berpotensi untuk kebenaran itu bangkit. Saya ambil pandangan Johanssen yang dikeluarkannya pada tahun 2007,

"tiga kekuatan yang menerajui kesatuan ini ialah perpindahan orang,intergrasi ilmu dan anjakan penggunaan komputer. Perpindahan orang mewujudkan pertukaran dan perkongsian pengetahuan dan budaya,intergrasi ilmu menafikan seseorang daripada kaku dalam sesetengah disiplin ilmu semata dan anjakan penggunanan komputer memanfaat akses maklumat menerusi komunikasi dan informasi."

Simpulnya, jika keragaman adalah dasarnya,maka tiga kekuatan yang saya bangkitkan itu ialah katalisornya.

Belajar dari kebangkitan Reinassance, Johannson juga mencatat bahawa berkat jerih payah keluarga Medici di Itali akhirnya terjadilah ledakan gagasan baru lalu akhirnya memicu kebangkitan Reinassance di Itali. Dalam hal ini, para ilmuwan,penyair,ahli falsafah,ahli kewangan,arkitek berkumpul di Kota Florence dan di sana mereka saling bertemu,belajar, dan meruntuhkan pembatas-pembatas antara berbagai disiplin dan budaya". Tidak berapa lama momentum yang mereka bina bersama menghadirkan  mimpi sebuah perubahan!

Natijahnya,bagaimana kita merobohkan tembok penghalang yang wujud dalam pemikiran sesama kita. Seharusnya perlu ada ruang dialog dalam meraikan keragaman. Misalnya diskusi meluas di ruang-ruang awam agar berlakunya tindak komunikasi yang sihat dan produktif, bukannya masih memecah belahkan hubungan yang akhirnya merugikan kita bersama.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

Wallahua'alam..

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...