Salam Palestina..
Beberapa hari selepas perarakan demokrasi 9 Julai. Media masih tidak surut dengan hebahan nostalgia suka-duka aktivis yang turut serta dalam sebuah partisipasi yang penuh kontroversi. Demokrasi seolah-olah hilang punca, menjadi ramuan perselisihan antara pihak yang menemplak kezaliman dan sebelah lagi yang mengagungkan keamanan membuta.
Hemat saya,kita sebagai makhluk yang Allah sudah anugerahkan akal,kemudiannya diizinkan berfikir,tidak salah kita cuba membuang nilaian sebuah taksub berbanding harga sebuah ilmu. Mewujudkan pembudayaan ilmu serta perbahasan ilmiah menuntun kita kepada sebuah hakikat.Dengan ilmu yang ada itulah sebenarnya yang menentukan rezeki atau rugi kita di kampung akhirat kelak,
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."
Singkirkan Sentimen dan Hukumlah Dengan Keadilan Islam.
Pasti wujud pelbagai persepsi berkenaan dengan apa yang tersurat.Saya fikir pembuktian yang jelas di medium-medium informasi rakyat sebenarnya sudah memperihalkan apa yang berlaku.Cuma mungkin perkara yang berlaku bersifat oposisi dengan apa yang biasa kita fikirkan,mana tidaknya polis yang biasanya menjadi superhero melindungi rakyat tiba-tiba berubah watak menjadi pak turut pemerintah.Dalam tika ini,persepsi yang cuba kita bina bukanlah untuk menghina ataupun menjatuhkan,namun kita maklum Islam yang menjadi cara hidup kita itu sifatnya berdiri teguh di atas keruntuhan kezaliman.
Si Zalim tidak Dilupa,Allah tidak Alpa.
Beratus ribu menderita siksa atas penangan gas pemedih mata dan semburan air kimia.Tidak mengenal siapa,hampir semua terpaksa membayar harga sebegitu rupa demi sebuah keadilan sistem pilihanraya. Namun berita penenang buat yang dizalimi, hakikatnya,Allah itu tidak pernah alpa,malah si penzalim itu tidak akan dilupa.
"Segala hak akan dibayar kepada empunya pada hari kiamat,sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk"
( Riwayat Muslim )
Hadis ini menggambarkan betapa setiap yang dizalimi dan menzalimi,walau sekecil mana pun akan diadili di akhirat kelak.
Tidak Peduli,Maka Hak Anda Tidak Akan Dipedulikan.
Ramai yang memilih untuk tidak bersama akan isu yang berbaur seakan-akan politik.Bermakna apa jua yang berkait dengan kerajaan jua pembangkang, jarak paling jauh akan diambil supaya tempias politik tidak akan terpalit pada batang tubuh. Analogi mudah bagi saya, menentukan dan membincangkan halatuju negara adalah sebuah bicara politik. Memastikan kebajikan dan hak asasi penduduk tercapai adalah sebuah strategi politik. Menuntut supaya langkah keselamatan dan penjagaan harta benda adalah sebuah tuntutan politik. Malah, banyak perkara lain yang boleh dikaitkan sama sekali dengan politik.
Bahkan politik itu difinisinya luas,termaktub pada bagaimana kita membuat korelasi dan perkaitan kepada kehidupan kita. Jika kita terus tidak peduli,sedarilah kita yang akan ditnggalkan menderita,terus tidak dipedulikan walaupun sebenarnya kita mampu mengubah ini semua sebelumnya.
Bacaan tambahan : http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000
Bacaan tambahan : http://saifulislam.com/?p=1000#more-1000
Wallahua'alam..
2 ingatan dari teman:
Segala hak akan dibayar kepada empunya pada hari kiamat,sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk"
masya Allah..dr bait2 ini sudah mnnjukkan semua jwpn pd pelbagai soalan..waima ada sesetngah makhluk y berakal dan bernafas msh xdpt / taknak mmahaminya... semua nya bakal mndapat hak msg2 di satu hr y pasti..insyaAllah..smoga kbnrn, dpt mnjadi lmbrn br kpd seluruh umat ...insyallah...
indh ngguh kate2 anta..terima kasih,,
salam..
syukran atas komentar dan singgahan.
Post a Comment