17.9.11

Nota buat ISIUKM

Salam Palestina..

Ianya sebuah tuntutan Sang Rabbi, agar wujud di pertengahan sesebuah masyarakat itu suatu kelompok, di mana sifatnya itu ajen mesra kebaikan dan sekaligus anti pada kemungkaran.

Saya percaya, bahawa untuk berada di kalangan kelompok itu tidak lain hanyalah perlukan cinta, sebagai dos penenang kepada jerih payah mempertahankan dan memperjuangkan Islam, sebuah agama untuk semua  bagi sepanjang zaman. Maka cinta kepadanya jualah yang mengisi hati dan memandu perilaku,untuk terus konsisten susah senang bersamanya.

Ikatan Studi Islam : Terus Relevan Untuk Mahasiswa UKM

Bersama persatuan ini sepermulaan saya di alam kampus, ianya menatijahkan saya lebih 1001 manfaat. Saya memahami hakikat persaudaraan, ketika bersama ISIUKM. Saya mula komited mendalami Islam dan pengamalannya, ketika mendampingi ISIUKM. 

Hatta dalam sekecil-kecil perkara seperti belajar senyum dan mula memberi pendapat juga ketika saya masih lagi termangu-mangu terlibat dalam program-program ISIUKM. Sungguh, pengalaman itu hadiah kenangan dari Allah, lebih selesa untuk terus merinduinya.

Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah

Sebuah tema unggul, signifikannya untuk memberi sedar betapa wehdah ataupun kesatuan ummah adalah katalisornya. Saya yakin wabak perpecahan adalah barah dalaman yang merugikan kita semua. Dalam hal ini, ISIUKM sebagai Persatuan Mahasiswa Islam utama di UKM seharusnya didokong bersama, dalam kita berganding bahu memberi faham dan menyebarkan angin permai Islam kepada masyarakat kampus. 

Perbezaan adalah perlu, namun persamaan juga perlu diberi perhatian. Sungguh, alangkah manfaatnya sebuah kesatuan di atas perbezaan!  

Saya sudah, ANDA bila lagi ??
Menjadi sebahagian dari kalangan mahasiswa tahun akhir, ISIUKM memberi erti kehidupan sepenuhnya 3 tahun di alam kampus. Saya mengesyorkannya atas bukan apa-apa kepentingan peribadi, namun ikhlas menyatakan ianya adalah sebuah persatuan keluarga turun-temurun, bagi mereka yang mahu memelihara diri mereka dari terjebak dalam kancah kemaksiatan, juga berusaha memposisikan diri dalam keadaan taat kepada Allah.

InsyaAllah, saya optimis Allah memudahkan doa pengharapan kita semua, bukankah kita hanya sekadar hamba?

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

Wallahua'alam..

3 ingatan dari teman:

habibah said...

SALAMUN ALAIK..

;)..TERUSKAN PERJUANGAN AKHWAT SEKALIAN..;)

SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN PERJALANAN DAKWAH :)

:)

SALAM..

-tinta b-

fariQfitri said...

to habibah:

wslm,insyaAllah,mohon doanya..

TINTA GERIMIS said...

salam..blog lama saya sudah di hack..
ini laman baru saya :
http://habibah89.blogspot.com

syukran jazilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...