8.12.11

Mansuh AUKU, Bukan Hanya Pada Seksyen 15 !

Salam Palestina..

"Problem cannot be solved by the same level of thinking that created them.."
~Albert Einstein~

Saya berasa terpanggil untuk menulis sesuatu, sebagai dedikasi khusus kepada semua pecinta keadilan yang masih komited membumikan perjuangan. Ianya tentang masa depan Malaysia, sebuah negara pengamal demokrasi,kemudiannya juga serba-serbi mengenai anak muda.  

Malaysia, Adakah Masih Sebuah Negara Demokratik?

Secara pribadi saya menjawab tidak, kerana walaupun Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan menjamin Artikel 10 ( setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak berpolitik seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, kebebasan mengadakan perhimpunan dan kebebasan berpersatuan), namun hak itu lebih banyak dinafikan atas sebab keselamatan negara kononnya. 

Bahkan Artikel 10 (3) dan (4) membataskan lagi hak-hak ini dengan ditambah keputusan-keputusan mahkamah yang menunjukkan bahawa hak-hak ini tidak wujud sedangkan ianya diperuntukkan di bawah Piagam bangsa-Bangsa Bersatu 1945 dan Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948 dan perlu ditekankan Malaysia menjadi salah satu daripada anggotanya. Pelik bukan?

AUKU dan Masa Depan Mahasiswa

Pengetahuan bukan sekadar buku,tapi disertakan kesedaran
Saya melihat AUKU langsung kaitannya dengan masa depan mahasiswa. Malah saya cukup teruja apabila Pesepsi (Kelab Persatuan Sejarah,Politik & Strategi) sebagai persatuan akademik pelajar di FSSK tampil mendepani isu ini lantas menjemput kepimpinan mahasiswa UKM membincangkan perihal ini. Namun, malangnya Aspirasi mengulang perkara yang sama, masih tidak meyakini saya untuk mengundi mereka.Jauh sekali !

AUKU memang akta drakonian,mengubah senario universiti di Malaysia.Kelihatan seperti universiti hanya mengeluarkan "robot-robot" bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Akta ini menghakis institusi universiti sebagai taman ilmu lantaran terlalu menyekat dinamisme kelimuan yang sepatutnya diterapkan dalam diri mahasiwa. Saya memandang AUKU yang menyebabkan mahasiswa lupa bahawa diri mereka yang harus bertanggungjawab akan isu-isu semasa,lantas menangani masalah tersebut.Segala kepincangan yang berlaku seperti penyelewengan,pembaziran,rasuah dipandang sepi sahaja oleh mahasiswa.

Sekatan akta yang ketat inilah menyebabkan kecenderungan,sikap,minat dan penglibatan mahasiswa terhadap kegiatan pelajar semakin malap.Mereka tidak memandang memilih pemimpin sebagai persoalan utama kerana tidak guna memilih pemimpin atau menjadi pemimpin andai tidak boleh bersuara,lantas menyebabkan mereka cenderung dengan sikap masing-masing dan tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Lalu,bukankah AUKU melemahkan perkembangan mental pelajar?

Mansuhkan AUKU! 

" Di samping soal transformasi politik, perbincangan tentangnya perlu digunakan untuk membicarakan soal meningkatkan mutu universiti dalam ertikatanya yang sebenar, iaitu pengukuhan roh universiti, budaya ilmu, autonomi & kebebasan akademik, membentuk insan baik (bukan hanya pekerja baik) & idealisme perjuangan mahasiswa. "

~Dato' Saifuddin Abdullah.~

Hemat saya,bukan Seksyen 15 sahaja bermasalah,bahkan banyak lagi seksyen di dalam AUKU yang bermasalah. Ayuh kita lihat :

~Seksyen 10 Larangan penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen di dalam atau di luar kampus kecuali dengan izin Naib Canselor.

~Seksyen 6(1) Melarang salinan teks bagi kuliah melainkan untuk pengajiannya dengan apa-apa cara kesemua atau mana-mana bahagian dari teks itu bagi tujuan penerbitan,pembahagian atau pengedaran sama ada mendapat bayaran ataupun tidak.

~Seksyen 7(1) Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memnaggil berhimpun / mengorganisasikan pehimpunan lebih dari 5 orang tanpa kebenaran naib Canselor atau wakilnya. 

*larangan ini bertentangan dengan konsep Natural justice iaitu kebebasan untuk berhimpun di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

~Seksyen 7(3) Tiada seorang pelajar boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran Naib Canselor atau yang diberikan kuasa olehnya.

~Seksyen 9 Larangan penggunaan bemdera,sepanduk,pelekat, poster dan seumpamanya.

~Seksyen 11 Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor. 

*larangan ini bukankah hanya akan memisahkan mahasiswa dari masyarakat yang mana merka berasal daripadanya.

~Seksyen 12 Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan atau lain-lain aktiviti sepenuh masa atau sambilan, yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini 

*seksyen ini menyekat mahasiswa untuk mencari wang poket dan belanja pembelajarannya.

~Seksyen 15 (1) dan (2) Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secar bertilis oleh Naib Canselor. 

Mahasiswa berhak bebas demi Malaysia
                           
Nah, keseluruhan seksyen di atas memperlihatkan dominasi dan tekanan yang nyata terhadap kegiatan bersosial dan berpersatuan di kalangan mahasiswa. Kejam bukan?

Atas nama Anak Muda Selamatkan Malaysia, ayuh mari bersolidariti memansuhkan AUKU !

Wallahua'alam..

2 ingatan dari teman:

TINTA GERIMIS said...

SALAM..
MAAF MNCELAH...

terlalu banyak akta AUKU yang kononnya menjaga hak kebajikan mahasiswa sebenarnya "mengebumikan" hak-hak sebagai student power..masih ramai yang tidak terdedah dengan AUKU ini dan hanya mengikut tanpa mengkaji..

apabila ingin dirungkai..hak "merungkai" pun disekat..kecewa..

Atas nama Anak Muda Selamatkan Malaysia, ayuh mari bersolidariti memansuhkan AUKU !

(n_n)//

Ahmad Tajuddin said...

Mungkin Apirasi masih belum "baligh" untuk mengenal hakikat AUKU yang sebenar... itu pasal mereka cuma pandai menyalak kepada kerajaan agar tidak memansuhkan auku, sedangakan bila dipanggil untuk berhujah, tercirit melarikan diri... kalau menjawab dalam alam maya pun, sekurang-kurangnya haruslah menggunakan hujah yang melambangkan idealisem Aspirasi, buka cuma pandai "copy & paste" hujah lapuk pak menteri sahaja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...