Saya menulis artikel ini dalam tempoh berbaki kurang dua hari sebelum viva tesis (viva voce). Sebuah penulisan yang besar kemungkinan hadir dengan emosi yang mungkin tidak keruan.
Adakalanya saya mengenangkan, betapa sejarah hidup saya berubah dengan pasang surut yang adakalanya beredar secara mendadak. Bermula dengan kisah hidup pindah randah ketika di bangku sekolah rendah, kemudiannya menjadi seorang yang gagal memahami gaya hidup bersosial di tempat orang akibat tempoh menetap di sesebuah tempat yang tidak lama.
Jujur saya katakan, saya masuk di alam pertengahan pendidikan sebagai sosok tubuh pendiam, dan lebih banyak bersendirian. Kadang-kadang sepertinya misteri. ( Tidak berniat untuk bercerita sampai ke sini ).
Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, terkadang sikap dan pendirian kita pada hari ini kebanyakannya dicorakkan oleh masa lampau kita, zaman kecil kita tambah-tambah dari sentuhan sang pendidik. Namun, Allah yang berhak mencampuri urusan ciptaanNya, adakalanya telah mengurniakan turning-point dalam critera kehidupan hambaNya, sebagai bahasa bahawa hambaNya itu perlu berubah, dan menjadi pilihan kepada sang hamba itu juga untuk menyahut, sama ada memilih dalam kebaikan ataupun sebaliknya.
Saya antaranya juga, Allah meletakkan turning point dalam episod kehidupan ini, misalnya untuk saya merubah sedikit sikap jarang senyum dan pendiam itu, untuk lebih terbuka meraikan yang lain. Saya tidaklah menjadi mesra yang sepatutnya, namun saya mengimpikan agar saya disenangi orang lain. Mad'u yang hadir tanpa medan rasmi adakalanya menyenangi dan menilai dari lirikan wajah kita kepadanya tanpa sengaja. Dan kerana saya juga percaya, bila orang menyenangi kita, usahlah risau Allah yang mencipta manusia pasti juga menyenangi kita.
Hemat saya, adakalanya kita terlalu menyempitkan skop untuk menjadi diri sendiri, dan tidak mahu memikirkan akan persepsi yang lain kepada kita. Saya juga memuhasabah diri, apakah Allah mencipta kita untuk berada di medan gawat ini dengan keselesaan tanpa rasa ingin berkorban perasaan? Adakalanya meraikan dan memberi kefahaman kepada mereka si pesakit yang memerlukan itu pastinya berkehendakkan pengorbanan dari si doktor akan kemahuannya. Adakalanya, si doktor juga perlu bersama dalam medan si pesakit kerna di situlah mungkin berlakunya turning point untuk si pesakit sembuh dari penyakitnya. Bagaimana pula kalau si pesakit gilakan akan ruang komunikasi alam siber seperti twitter dan sebagainya?
Wallahua'lam..
7 ingatan dari teman:
masa berubah..manusia pun berubah..yg penting berubah kepada arah yang lebih baik dan istiqamah di dalamnya..
(n.=)/
i can see ur turning point akhi....
bila mengingatkan kembali fariq fitri yang ana pertama kali jumpa di matrik dl, sangat berbeza dgn seorang pemimpin pejuang yg ana lihat sekarang...
sungguh cantik aturan dan susunan perjalanan cerita yang Allah lakarkan...
utk mengubah seorang hamba menjadi seorang khalifah.... ^_^
~~memBeri & berSyukurlah~~
to habibah & anonymous : doakn stiap prubahan dari insan-insan yg hanya mahukan kbaikan dari TuhanNya dimudahkn urusan jua dariNya.
insyaAllah...
moga sentiasa dalam rahmat dan redho Allah...
yup.. dulu fariq diam je, takut nak tegur.. hehe
sekarang alhamdulillah bwk bgurau pun dah boleh :)
apa2 pun, jadi diri sendiri & tetap juga raikan orang lain ^^
Kak Azma : Adeh biasala kak awal2 mmg senyap skit, segan dgn akk2 n abg2 yg hebat2..blaja dgn mmerhati ^^,
Assalam, baru berkesempatan untk baca blog anta (agak banyak entri jugak la)....
Alhamdulillah, penulisan yang baik,dapat rasa dihati ketika membaca bait2 penulisan anta.
Anyway, keep it up k!
Post a Comment