Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya,
dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.
-Tuhan Manusia-
Apabila kita mengistilahkan peradaban dari aspek semantik, pasti wujud tafsiran yang pelbagai kerana si penafsir dengan lapangan dan latarbelakang disiplin ilmu mereka yang berbeza.
Soal peradaban ini bila diperhalusi, betapa banyak penafsir mengaitkan ianya dengan hal-ehwal harta, pembangunan, keamanan dan kebendaan. Tidak kurang ramai juga mengaitkan dengan soal akhlak dan moral. Perbezaan suatu rahmat, supaya kita tak kehabisan pilihan.
Kisah-kisah yang mengingatkan,ia menjadi sentuhan praktis, tambah-tambah pengalaman itulah ilmu yang terbukti. Ada bezanya cara guna dan memanfaat peradaban, bila adanya peringatan ketuhanan.
Ibn Hajar al-Haytami antaranya, ketika isterinya merintih dengan kesenangan yang diperolehi isteri sahabatnya Imam Ramli, pantas beliau mengambil gayung dan diisinya air. Bila isterinya melihat apa yang ada di dalam gayung tersebut, tiba-tiba air di dalam gayung itu bertukar menjadi emas. Lantas isterinya tahu bahawa tidak ada apa dengan emas, harta berbanding dekatnya si suami dengan Tuhan Yang Maha Kaya.
Bila nabi sering mengingatkan para sahabat, bahawa dunia dan isinya ini memang tidak ada apa makna. Menggunakan hanya dengan asbab wasilah (perantaraan), bukannya ghoyah (matlamat). Pernah nabi membawa sahabat ke tempat longgokan sampah, dan mengambil serpihan sampah di situ lalu disebut bahawa inilah hakikat dunia-tiada makna, tiada harga.
Bila dunia diguna pada yang gila harta, maka agama dipersenda. Peradaban apakah nilainya bila ketuhanan menjadi buangan, lalu hamba menjadi tuhan kepada Yang Mencipta?
Keamanan apakah apabila hukum-hakam syariatullah dilempar tepi, manusia tidak keruan melupai asas penciptaan mereka?
Pembangunan apakah ertinya apabila manusia yang cara fikirnya memilih yang batil berbanding yang hak?
Keamanan apakah apabila hukum-hakam syariatullah dilempar tepi, manusia tidak keruan melupai asas penciptaan mereka?
Pembangunan apakah ertinya apabila manusia yang cara fikirnya memilih yang batil berbanding yang hak?
"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH SWT
dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan
dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian."
-Assyahid Syeikh Ahmad Yassin Rahimullah-
Bersama menjengah ke peradaban baru ! |
Teringat teguran halus Allah swt di dalam surah an Nisa' ayat 95' :
"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berjuang)
tanpa mempunyai ke'uzuran dengan orang-orang yang berjihad [ mujaahidun ]
di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya.
Allah melebihkan
orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang
yang duduk satu derajat.
Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga)
dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas
orang yang duduk dengan pahala yang besar ."
Wallahua'alam..
2 ingatan dari teman:
Assalamualaikum akh Fariq..salam ziarah. Menarik sekali membaca tulisan enta..
Peradaban Islam, meskipun tidak meninggalkan peninggalan teknologi secara langsung, tetapi telah berhasil mewariskan ajaran-ajaran yang benar dan suci yang dapat membentuk insan-insan yang bersih, jujur, dan berkemanusiaan sepanjang zaman...meskipun sekarang ini kebanyakan umat Islam jauh dari nilai-nilai agama..Namun yakinlah teruslah bermimpi dan bercita-cita serta ikhtiar dan doa..agar kejayaan Islam dapat segera kembali..karena HARAPAN ITU MASIH ADA..
Wassalam.
Sebenarnya artikel ini saya maksudkan kepada saudara saya di Malaysia yang bisa berhadapan dengan pilihanraya umum ( general election ) tidak lama lagi.
Justeru sekadar memperingatkan bahawasanya ada yang tidak kena pada keadaan di negara saya. Sekadar menulis dengan telahan mereka yang akan mengundi harus keluar dari zon selesa kepada berfikir sejenak akan diri mereka dan masyarakat kebanyakan.
Tidak ada makna harta, kemewahan, keamanan, kemodenan melainkan semuanya kembali kepada Allah.
Dan harusnya peradaban memang harus seiring dengan hakikat ketuhanan, supaya manusia sedar tiap-tiap sesuatu dari Allah dan akan kembali kepada Allah jua.
Post a Comment