Alam yang direlasikan kepada apa yang diungkapkan ulama' sebagai 'ma siwallah' (segala-galanya melainkan Allah) pastinya mempunyai talian-harap,yakni sandaran kepada tempat pergantungan dalam survival kehidupan mereka.
Hebatnya Allah, tidak pernah berkira adanya dengan permintaan dan pengharapan daripada makhluk ini. Sekalipun mereka kafir, lupa pada Allah, pendosa yang putus harapan, ternyata Allah sentiasa memberi apa yang Hamka biasa ingatkan iaitu, 'apa-apa yang ada pada kita ini sudah lebih dari apa yang kita harapkan!'.
Kebiasaan kita sebagai manusia, ada yang menyenangi kita, juga ada yang kerap tidak berpihak kepada kita. Sebenarnya ada eksperimen yang terbukti, dengan pemboleh-ubahnya yang dinisbahkan kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa dan absolutely - manusia.
Asas pemahaman saya ialah, ketika menuntut di kelas Darussyifa' bersama Ustaz Haron Din, ada kisah dari Ibn Mas'ud perihal roti yang sedang bertasbih ketika hendak dimakan Baginda dan para sahabat. Bahkan Baginda juga tegar memberi pengajaran kepada kita dengan meletakkan pelepah tamar di atas kubur dengan harapan selagi pelepah tamar itu belum layu, ianya mampu mendoakan si mati di dalam kubur itu dari seksaan di dalamnya.
Secara fundamentalnya, kita percaya segala-segala yang berlaku adalah dari Allah, cuma asbab dan musabab-nya berbalik kepada makhluk itu sendiri. Berbalik kepada eksperimen tadi, sebenarnya kita tahu talian harap kita sangat terhad pada makhluk, tapi pada Allah, ia hampir terlalu banyak ruang untuk terus berharap. Justeru bila kita berharap sesuatu pada makhluk, kenapa tidak perantaraannya melalui Allah? Allah jugalah yang menimbulkan rasa suka, menggerakkan hati untuk menerima dan menolak sesuatu.
Dan tidak mustahil Allah juga mampu menimbulkan apa-apa rasa kepada makhluknya sama ada untuk mereka marah, bahagia walaupun susah, bahkan untuk menjadikan rasa mereka diterjemahkan dengan menyertai prorgam kita dan juga tidak mustahil ke atas kertas undi kita !
Semuanya mampu jika talian-harap kita sampai seikhlasnya kepada Allah, supaya makhluk itu berbuat seperti apa yang kita inginkan.
Sebab itu, saya sangat bersetuju dengan pendekatan bila kita mahu berbuat sesuatu, sambil itu kita sebut nama Allah, secara niatnya kita mahu Allah masuk campur dalam urusan itu dengan harapan ianya dipermudahkan.
moga amanah ini juga terlindung dalam urusan Allah,doakan. |
Di akhir kelas juga, ada juga pesakit bila selesai berubat, terus ditanya adakah perlu untuk datang pada minggu hadapan, namun dijawab penuh dengan ungkapan tauhid, bila kita berubat, yakinlah Allah akan langsung terus menyembuhkannya.
Sama pada kes ini, berharap tanpa yakin, juga tiada gunanya.
Wallahua'alam..
0 ingatan dari teman:
Post a Comment