Salam Palestina, Syria, Rohingya dan Perubahan buat Malaysia.
Rentak dan tempias suasana pilihanraya umum akhirnya menjengah masuk kepada kesedaran rakyat Malaysia. Hampir semua bicara soal mengundi, dan tidak kurang juga yang bertelagah berkenaan parti yang harus memerintah, kekal atau tukar. Semuanya berpartisipasi.
Namun, titik fokal kesedaran ini tidak menumpu kepada politik yang sebetulnya. Golongan minoriti yang bertindak oposisi daripada kelompok majoriti pastinya terpulau. Seolah-olah berbeza ideologi politik terkeluar daripada agama. Percayalah, sungguh ini berlaku.
Saya setuju kiranya asas pemahaman politik diselesaikan terlebih dahulu, yakni setiap keputusan untuk memilih dan mengundi tidak pernah wujud lingkungan dan sempadan melibatkan hubungan kekeluargaan, ikatan erat persahabatan dan apa-apa yang menjadi sub-circle kepada perhubungan sesama manusia.
Rata-rata menghadapi situasi ini, lantas saya terasa ingin menyebutnya. Ya, akar mereka kuat dan lama mendasar, namun tidak semestinya bertahan selamanya, Buat saya yang menetap di Johor.
Untuk pemahaman kepada tanggungjawab pemimpin dan tanggungjawab memilih pemimpin, boleh rujuk artikel saya yang terdahulu di SINI.
Saya ringankan artikel ini untuk penelitian umum teman-teman, sahabat-sahabat dan rakan-rakan saya yang terisitimewa, supaya kalian tidak salah memilih.
PRU-13, Apa Tanggungjawab Kita.
Secara fundamentalnya, kita wajib mengundi. Mengundi bererti memilih pemimpin untuk menerajui tampuk pemerintahan, baik di negeri kita mahupun untuk negara. Ada menyifatkan medan demokrasi kita pada hari ini adalah bertentangan dengan di zaman nabi, maka ia diharamkan.
Sefaham saya, demokrasi adalah perkara di bawah lingkungan mutaghayyirat bukannya thawabit, yakni hal-hal zonni yang sangat bergantung pada ijtihad semasa kepimpinan ulama', maka di dalam hal ini tidak ada masalah untuk terlibat di dalam sistem ini. Ada saya huraikan sedikit berkaitan ini di SINI.
Mengundi PR atau BN?
Namun, saya bertanggungjawab menyelamatkan mereka yang masih bergantung harap pada sumber yang benar-benar genuine, bukan lahir dari propaganda pro-barisan dan pro-rakyat.
Atas sandaran kepada ilmu, maka setiap penilaian kita juga haruslah dipandu ilmu dan di situlah adakalanya kita merasai kepahitan untuk adil. Adil untuk perkara yang benar namun merugikan kita dan dalam masa yang sama ia menguntungkan lawan. Tatkala inilah ilmu berperanan.
Berbalik kepada persoalan di atas, mari kita bersama melihat politik dalam konteks yang lebih membumi. Untuk lebih adil, sumber bacaan dan maklumat kita seharusnya meliputi kedua-dua pihak. Kadang-kadang bila sumber terlalu banyak memfokus kepada serangan kepada lawan, lalu timbulnya muak, pening dan serabut. Lantas, apakah solusinya?
Sandaran.
1) Memilih pemimpin untuk dunia dan akhirat. Kerana kita bertanggungjawab atas keputusan ini bukan untuk kesejahteraan hidup kita di dunia sahaja, bahkan akhirat juga. Bila di akhirat kelak, kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita turuti dan pilih ketika di dunia. Jika tidak baik sifatnya, maka nasib kita juga sedemikan rupa. Terpulang pada mereka yang ingin bersama dengan si pemaksiat. Dunia ini bukan apa-apa untuk dibanding dengan kehidupan akhirat yang selamanya.
Sebagai Islam dan bangsanya Melayu, tentulah kita melihat hanyalah UMNO dan PAS yang terutama. Siapakah di kalangan mereka yang bersungguh memartabatkan Islam, dan Melayu? PAS tidak pernah meninggalkan Melayu cuma lebih unggul mempersadakan Islam berbanding UMNO yang mengangkat Melayu berbanding Islam. Tetapi sungguhkan UMNO membela Melayu?
Pernahkan julung-julung kita dengar nabi memuliakan bangsa Arab berbanding bangsa lain. Dan adakah kita sanggup berhadapan dengan Tuhan kelak hanya dengan perjuangan Malayu berbanding Islam?
2) Melihat kepada hasil pemerintahan. Sudah tentu tidak adil mengukur PR dengan tempoh lima tahun hayat berbanding BN yang mencecah 50 tahun. Namun impaknya terlalu berbeza.
Ternyata bila kita melihat kepada janji dan manifesto, terkadang hampir tergeliat lidah ketika menyebutnya. Justeru, adalah lebih baik kita melihat kembali 5 tahun ke belakang akan hasil dan janji yang mereka sebutkan suatu ketika dahulu. Bahkan, kita juga harus melihat perjuangan yang sebenar-benarnya mengangkat rakyat. Adalah zalim kiranya mereka yang bergelar pemimpin sanggup menindas rakyat sedangkan wang yang diguna pakai pada keuntungan peribadi.
PR nyata membawa begitu banyak perubahan yamg ketara berbanding sepanjang pemerintahan BN. Keupayaan PR pada menyelesaikan "core problem" seperti keperluan asas rakyat dalam isu air dan beberapa pencapaian memberangsangkan hanya dalam masa 5 tahun sangat memberi kesan. Bahkan, Audit Negara mengakui 4 negeri di bawah pemerintahan PR mendapat KDNK (keluaran dalam negeri kasar) tertinggi berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan BN.
Mahu lihat apa lagi?
Formula untuk memastikan air 20 meter padu percuma sampai kepada rakyat. Menjadi bahan duplikasi kepada manifesto BN kemudiannya. Lalu apakah kerisauan kepada janji untuk menurunkan harga minyak dalam keadaan kita sebagai negara pengeluar minyak? Juga untuk menurunkan harga kereta? Tidak mustahil.
Bahkan pemberian "one-off" seperti BR1M dan aspek lain juga hakikatnya memang membantu, namun ianya tidak menyelesaikan kemelut ekonomi yang dihadapi oleh rakyat. Cuba bezakan secara kualitatif !
3) Kerjasama dengan non-muslim (baca : MCA/ DAP). Harus difahami bahawa DAP bukanlah kesemuanya berbangsa cina berbanding MCA yang majoritinya cina. DAP dianggotai Cina, India dan jangan terkejut ada juga berbangsa Melayu.
Hampir kebanyakan media arus perdana menyatakan bahawasanya DAP menganggu-gugat agama Islam sekiranya mereka memerintah. Di sini saya datangkan fakta ketika mana mereka memerintah. (Baca: Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang)
Saya datangkan juga logik ini, andai anda mahu berfikir,
Dalam hal ini, mengundi DAP atas kerana sebuah perjanjian bersama dengan PAS. Maka kita percaya bahawa setiap keputusan PAS untuk bekerasama dengan DAP diputuskan dari persidangan ulama'. Justeru bagi kita yang tidak berilmu, tanggungjawab ini kita sandarkan di atas ilmu mereka yang lebih tinggi dan berpandukan Al-Quran dan Hadis.
4) Menolak mudharat yang lebih besar. BN lebih memberikan mudharat yang besar terutama kepada defisit perbelanjaan.
Antara mudaharat yang terbesar di bawah pemerintahan Barisan Nasional ialah projek memberikan kad pengenalan (IC) kepada warga asing bagi tujuan mengundi. Hasilnya kita boleh melihat betapa kritikalnya isu keselamatan di Sabah tambah-tambah mereka yang terlibat sebagai pengganas itu juga mempunyai kad pengenalan. Aneh bukan?
Ini Kalilah: Tukar!
Antara quote dari kenalan yang saya sentiasa rujuk, menyebut pertembungan
sengit politik tanah air kali ini adalah disebabkan PRU-12 telah
mencipta satu garis pemisah antara Politik Lama dan Politik Baru. Maka saya terfikir betapa ramai teman saya kebanyakan mengundi UMNO disebabkan terlalu terhutang budi dengan kebaikan UMNO bertahun-tahun lamanya.
Ya, mereka berjasa. Namun UMNO kini dan dahulu terlalu bezanya. Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman itu juga mengingatkan bahayanya UMNO sebelum sisa akhir hayatnya sekitrar 90-an. Selebihnya boleh kita dapati melalui kesan pemerintahannya kini.
Maka harus mereka yang berada di persimpangan politik baru ini teruskan dengan momentum kesedaran politik gaya baru ini, menilai, berfikir dan bertindak.
Ada benar juga kata-kata ini, dalam UMNO rakyat fakir, namun di dalam PR, rakyat berfikir.
Wallahua'alam.
p/s : Artikel ini walaupun panjang, saya teruskan juga sebagai tanda kenang-kenangan kepada generasi baru kemudiannya yang mungkin tidak merasai peritnya zaman kekalahan rakyat kepada rejim zalim.
0 ingatan dari teman:
Post a Comment