16.5.14

Catatan 16 Mei - Perspektif Pada Perguruan

Salam Palestina..

 “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”. 
-Nelson Mandela-

Bersempena dengan hadirnya ulang-rai Hari Pendidik pada hari ini, saya yang ternyata bukan (baca : masih belum) dari kalangan semulia itu, hadir menyatakan premis saya pada hari ini bahawa - "tidak ramai lagi pada hari ini sanggup bercita-cita untuk menjadi seorang guru". 

Kenyataannya rumit.

Premis saya ini seolah-olah mempersoal hakikat kemuliaan seorang guru walaupun pada maksudnya tidak.

Biar saya nyatakan dulu. 

Pada Namanya Pendidikan

Agama memerintahkan kita untuk berilmu, dengan perintah baca. Lantas kemuliaan seorang insan yang tertaklif padanya dengan anugerah berfikir, harus padanya untuk menjalin sinergi antara baca - berfikir dan berilmu. 

Hakikat ketempangan sistem pendidikan pada hari ini ialah bukan sekadar gagal membentuk rakyat yang berfikir, malah masih ramai rakyat yang kurang membaca. Jauh lagi untuk mendabik 'yang berilmu'.

Statistik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuktikan kerisauan ini, bahawa jumlah muka surat buku yang dibaca rakyat Malaysia setahun hanyalah rata- rata satu muka surat.

Laporan PISA (Program Penilaian Pelajar Antarabangsa) yang merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melibatkan 510,000 murid berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia - dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. 

Lebih teruk lagi, prestasi murid kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).    

Dua statistik ini bukanlah suatu kesimpulan akhir terhadap hipotesis awal yang saya nyatakan sebentar tadi. 

Ia sekadar pemula.

Conflict interest antara Pedagogi Guru -Sikap Pelajar- Sangka Ibu Bapa

Pedagogi ataupun ungkapan sesuai sebagai pendekatan dalam mendidik, menjadi suatu teras dalam konseptual komunikasi antara guru dan pelajar. Ada beberapa tekaan saya sebelum ini mengenai kesilapan dalam pendidikan ialah berbalik kepada soal pedagogi ini.

Namun hampir-hampir saya tersilap dalam berhukum.

Tidak semua yang terjadi berpunca daripada guru. 

Guru di setiap rangka waktu sibuk mengalahkan kerani menyiapkan dokumentasi rekod pra dan pasca mengajar. Letih pada kerangka pengkeranian berbanding bertenaga dalam kreatif berpedagogi.

Senior kepercayaan saya di UKM yang kini seorang guru didakwa memukul bahu seorang pelajar perempuan sehingga lebam dan diakibatkan kecaman dari bapa pelajar tersebut walhal beliau tidak berbuat demikian.

Sistem hari ini memangkinkan fikiran pelajar pada orentasi peperiksaan dan menang-kalah.

Pelajar pada hari ini sekadar menjawab peperiksaan berdasarkan APA ulangan soalan dan jawapan berbanding berfikir BAGAIMANA berfikir dan menjawab. 

Tidak seperti pada apa yang diajarkan agama supaya mengejar maltlamat tertinggi dalam berilmu untuk mencari kebenaran dan setia dengan kebenaran tersebut.



Selamat Hari Guru pada Pendidik Yang Superb !

Ya, tidak ramai lagi pada hari ini sanggup bercita-cita untuk menjadi seorang guru melainkan 'yang terkecuali' itu juga bercita-cita menjadi seorang pendidik.

Apalah yang dapat dibuat dengan sikap kompleks pelajar dan ibu-bapa hari ini yang ternyata memenangkan sistem berbanding bersubahat dengan guru memperbaiki mutu pendidikan?

Menjadi seorang guru dengan sekadar menjalankan rutin dan memenuhi syarat mengajar tidak sesempurna seseorang guru berjiwa pendidik yang melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah tanpa syarat. 

Tanpa syarat untuk meraih elaun tambahan, tanpa syarat mengejar pujian dan bunga-hadiah dari pelajar dan ibu-bapa mereka, malah tanpa syarat untuk semata-mata mengejar status 'guru cemerlang'.

Bahkan, mendidik dengan jiwa merdeka pada Tuhannya, menyempurnakan tuntutan beragama langsung mewakili tugas nabi yang akhir-akhir ini kian dilupakan.

Dan apalah tugas yang lebih memeritkan dari tugas sosok seorang guru dari menyelamatkan kroniknya krisis rakyat yang terlanjur terkujur di balik dua statistik di atas.

Moga-moga cahaya ilmu di dada seorang guru itu membesarkan jiwanya untuk juga bergelar seorang pendidik.

Wallahua'alam..

0 ingatan dari teman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...